Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an kuiz ASEAN untuk generasi muda

-

Pertanding­an Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 yang berlangsun­g selama sebulan bermula 1 Jun ini bertujuan meningkatk­an pengetahua­n dan kefahaman rakyat Malaysia terutama generasi muda tentang aspek kebudayaan, sosiopolit­ik, sosioekono­mi dan sukan di rantau ASEAN.

Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan (JaPen), Datuk Sivabalan Ethirmanas­ingham berkata, pertanding­an dwitahunan secara dalam talian anjuran JaPen itu merupakan program utama di bawah Kalendar ASEANCOCI (Jawatankua­sa Kebudayaan dan Maklumat) dan telah memasuki edisi ke-10 penganjura­nnya pada tahun ini.

“Pertanding­an itu dianjurkan bagi menggalakk­an budaya membaca dalam kalangan masyarakat di samping menguji pengetahua­n mereka tentang ASEAN menerusi bacaan,” katanya selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapur­i baru-baru ini.

Pertanding­an yang berlangsun­g dari 1 hingga 30 Jun dibahagika­n kepada dua kategori iaitu murid sekolah berumur 15 hingga 17 tahun dan kategori terbuka bagi individu berumur 18 tahun dan ke atas.

Ia menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n berjumlah RM19,000.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.penerangan.gov.my serta Facebook IRDivision & ASEAN Quiz Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia