Utusan Borneo (Sarawak)

BERSATU tidak bincang kedudukan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri

-

Tiada perbincang­an berkaitan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU pada Rabu lepas.

Timbalan Presidenny­a Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata parti itu hanya membincang­kan mengenai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dan masalah dihadapi rakyat pada masa ini.

“Tidak ada bincang kedudukanP­erdanaMent­eri. Kami menyokong Perdana Menteri sedia ada dan mahu kerajaan yang stabil supaya boleh fokus masalah rakyat dan bukannya masalah peribadi politik

“Kami berbincang tentang persiapan menghadapi pilihan raya dan masalah kos sara hidup, masalah harga makanan tinggi dan cara mencari jalan bagaimana hendak membantu kerajaan menangani masalah rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Surau Al-Faizin di Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan Ulu Kinta di sini semalam.

Menteri Belia dan Sukan itu mengulas laporan media yang memetik sumber mendedahka­n antara perkara disebut dalam mesyuarat itu adalah BERSATU boleh menukar kerajaan Ismail

Sabri tanpa mengadakan pilihan raya sekiranya mendapat sokongan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang juga ahli Parlimen Tambun berkata BERSATU sentiasa mengutamak­an masalah rakyat dan dakwaan bahawa perkara berkenaan antara cadangan dikemukaka­n oleh kalangan pemimpin parti adalah tidak benar.

“Kalau ada ura-ura perbincang­an lain itu bohong. BERSATU tidak bincang berkaitan politik. BERSATU bincang masalah rakyat,” katanya.

— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSAMA MEDIA: Ahmad Faizal menjawab pertanyaan media selepas merasmikan Surau Al-Faizin di Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan di Ulu Kinta, Ipoh semalam.
— Gambar Bernama BERSAMA MEDIA: Ahmad Faizal menjawab pertanyaan media selepas merasmikan Surau Al-Faizin di Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan di Ulu Kinta, Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia