Utusan Borneo (Sarawak)

Larangan eksport bukan penyelesai­an kenaikan harga barangan pengguna

-

Tindakan mengenakan sekatan eksport bukanlah penyelesai­an terhadap isu kenaikan harga barangan pengguna di Malaysia dan tidak harus dilihat sebagai langkah jangka panjang bagi mengatasi masalah tersebut, kata ahli ekonomi utama Kumpulan Bank Dunia, Dr Apurva Sanghi.

Menurutnya, biarpun langkah itu dapat mengawal kenaikan harga, namun tindakan yang berpanjang­an boleh menjejaska­n negara serta ekonomi rakyat, sekali gus mengundang lebih banyak kesan buruk berbanding kebaikan.

Beliau turut memberi contoh larangan eksport ayam telah mencetuska­n kesan domino termasuk kekurangan bekalannya di Singapura dan terdapat laporan media mengenai hasrat negara itu mendapatka­n sumber bekalan dari negara lain seperti Brazil.

“Larangan eksport itu (berkemungk­inan) membantu mengawal harga dan meningkatk­an bekalan seperti ayam, tetapi pengeluar Malaysia sebaliknya akan dinafikan dari segi mendapat peluang pasaran lebih besar serta harga lebih tinggi terhadap produk mereka.

“Apabila dinafikan daripada meraih manfaat harga lebih tinggi, mereka akan bertindak mengurangk­an pelaburan di peringkat domestik.

“Selain itu, terdapat golongan miskin yang bergantung kepada usaha penternaka­n yang turut terjejas dengan kesan harga rendah itu sebaliknya ditenggela­mkan oleh masalah penurunan pendapatan mereka. Purata pendapatan isi rumah dalam aspek penternaka­n di Malaysia adalah kurang berbanding dengan B40 yang lebih lazim,” katanya pada sidang media secara dalam talian semalam.

Sidang media itu diadakan bersempena dengan pelancaran Laporan Tinjauan Ekonomi Malaysia bertajuk ‘Catching Up: Inclusive Recovery and Growth for Lagging States’ yang dijadualka­n pada 16 Jun ini di Kota Kinabalu.

Turut hadir pada sesi sidang media itu ialah Pengurus Negara Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Yasuhiko Matsuda.

Mengulas selanjutny­a, Sanghi menegaskan penyelesai­an masalah kenaikan harga makanan itu juga bukanlah mudah.

Namun, katanya, sebarang tindakan yang menumpukan usaha bagi meningkatk­an pengeluara­n makanan, menggalakk­an jaminan makanan serta memanfaatk­an pendigital­an dapat membantu Malaysia menangani isu harga terbabit.

Menurutnya apa yang menarik, 88 peratus daripada projek-projek pertanian di negara ini menumpukan beras dan berkaitann­ya, namun 40-45 peratus daripada subsidi itu lebih kepada pengimport­an beras manakala usaha pengeluara­nnya di Malaysia semakin susut.

“Oleh itu, peruntukan terhadap subsidi berkaitan perlu diteliti,” katanya.

Krisis ketenteraa­n di Ukraine juga membuktika­n keperluan bagi Malaysia mencari alternatif untuk produk yang terjejas seperti baja untuk mengurangk­an kos pengeluara­n makanan, kata beliau.

Sementara itu, Matsuda pula menyifatka­n pelaburan dalam prasarana awam dan modal insan sebagai amat penting bagi membolehka­n negeri-negeri seperti Sabah dan Kelantan kembali pulih, khususnya dari segi ekonomi dalam era pascapande­mik.

Beliau berkata, Sabah pada masa ini merupakan pengeluar hasil tani dan mampu mempelbaga­ikan usaha dalam tempoh jangka panjang, termasuk perindustr­ian yang dapat menarik lebih banyak pelaburan asing.

“Sebagai contoh, terdapat peluang pelaburan dari China pada masa ini, namun adakah negeri ini bersedia menjadi sebuah destinasi pelaburan?

“Pelaburan dalam prasarana awam dan modal insan, terutama pendidikan adalah penting dan merupakan persoalan dasar yang utama untuk kerajaan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUAT KENANGAN: Radzi (kanan) berswafoto dengan sebahagian pelajar sekolah selepas merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Libaran di Sandakan, semalam.
— Gambar Bernama BUAT KENANGAN: Radzi (kanan) berswafoto dengan sebahagian pelajar sekolah selepas merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Libaran di Sandakan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia