Utusan Borneo (Sarawak)

Guna invois butiran palsu: Mahkamah rayuan kekal bebaskan bekas pengurus besar PPNT

-

Mahkamah Rayuan semalam mengekalka­n keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaska­n bekas Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Terengganu (PPNT) terhadap tuduhan menggunaka­n invois yang mengandung­i butir palsu.

Paneltigah­akimyangdi­ketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said membuat keputusan itu, selepas membenarka­n rayuan CheSa’adonCheYah­yauntuk mengenepik­an keputusan Mahkamah Tinggi yang telah mensabitka­nnya terhadap tuduhanitu,danmenjatu­hkan hukumanpen­jarasetahu­ndan denda RM10,000.

Hakim Kamaludin berkata rayuan Che Sa’adon bermerit, kerana Mahkamah Tinggi tidak menghargai isu minit mesyuarat yang menyatakan tuntutan yang dibuat oleh Che Sa’adon tersebut adalah kesilapan teknikal.

Dua hakim lain yang bersidang bersama Hakim Kamaludin ialah Datuk P. Ravinthran dan Datuk Abu Bakar Jais.

Che Sa’adon, 58, didakwa sebagai ejen PPNT, telah menggunaka­n dokumen invois cukai berjumlah RM1,140, yang mengandung­i butiran palsu untuk memperdaya­kan PPNT.

Mengikut pertuduhan, Che Sa’adon didakwa telah meminda butiran dengan membuatpen­ukaranalat­ganti kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner milik PPNT, sedangkan sebenarnya dia membuat penukaran alat ganti kepada kenderaan Toyata Wish miliknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat PPNT, Terengganu pada 25 Jan, 2016.

Pada 28 Nov, 2019, Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu telah mendapati Che Sa’adon tidak bersalah dan melepas dan membebaska­n Che Sa’adon terhadap tuduhan itu.

Bagaimanap­un pada 7 Feb, 2021, Mahkamah Tinggi membenarka­n rayuan pihak pendakwaan untuk mengenepik­an keputusan Mahkamah Sesyen yang telah melepas dan membebaska­n Che Sa’adon.

Che Sa’adon telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan itu dan dijatuhkan hukuman 12 bulan dan denda RM10,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut. Dia kemudianny­a memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Beliau diwakili peguam Ahmad Nizam Mohamed, Muhammad Zulfaqar AlBasysyar Saharrudin, Mohd Zul Azhan Abu Bakar dan Mohd Nazri Awang, manakala Timbalan Pendakwa Rraya Norzilati Izhani Zainal@Zainol bagi pihak pendakwaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia