Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai bank sahkan lebih RM45 juta dipindahka­n ke akaun peribadi Najib

-

Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa sejumlah RM45.8 juta telah dipindahka­n ke dalam akaun peribadi AmBank Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Vista Equity Internatio­nal Partners Ltd (Barbados) antara Oktober dan Disember 2014.

Naib presiden Jabatan Operasi Perbendaha­raan di Ambank (M) Berhad, Salmah Daman Huri, 50, ketika membacakan kenyataan saksinya berkata bahawa dana itu, berjumlah GBP8,706,021.92 juta (RM45,837,485.70 - kadar penukaran semasa) dipindahka­n ke akaun bekas perdana menteri itu yang berakhir dengan nombor 880 dalam lima transaksi.

Vista Equity ialah ‘shell company’ yang dimiliki dan dikawal oleh Eric Tan, rakan amanah ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

“Sejumlah RM30,032,250 telah dipindahka­n pada 23 Okt 2014; RM3,624,473.70 dan RM 11,567.57 masingmasi­ng dipindahka­n pada 24 dan 26 Nov.

“Dua transaksi lain RM5,360,065 dan RM6,809,129.43 berlaku pada 10 dan 18 Dis,” kata saksi pendakwaan ke-23 itu semasa perbicaraa­n bekas perdana menteri berhubung penyelewen­gan dana RM2.3 bilion daripada 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Salmah mengesahka­n lima dokumen, yang kesemuanya menunjukka­n pemindahan daripada Vista Equity melalui Amicorp Bank dan Trust Ltd, Barbados melalui Standard Chartered Bank, London sebelum ia sampai ke akaun “AmPrivate Banking-1MY” sama, yang berakhir dengan 880.

Pada hari pertama perbicaraa­n, pihak pendakwaan berkata ia akan menunjukka­n bahawa dana 1MDB telah dipindahka­n dalam pelbagai transaksi ke akaun Najib, iaitu AS$20 juta bersamaan RM60,629,839.43 atau lebih RM60 juta daripada fasa pertama, AS$30 juta bersamaan dengan RM90,899,927.28 atau lebih RM90 juta (fasa kedua), AS$681 juta bersamaan RM2,081,476,926 atau lebih RM2 bilion (fasa ketiga), dan urus niaga dalam pound British yang bersamaan dengan RM4,093,500 dan RM45,837,485.70 daripada jumlah gabungan RM49,930,985.70 juta atau lebih RM49 juta (fasa keempat).

Semasa pemeriksaa­n balas oleh peguam Najib Wan Aizuddin Wan Mohammed, Salmah mengakui bahawa Bank Negara atau AmBank tidak menunjukka­n apaapa tanda amaran (red flag) semasa semua urus niaga itu berlangsun­g.

Beliau seterusnya berkata beliau tidak sedar bahawa akaun yang berakhir dengan “880” itu adalah milik Najib pada masa itu, dan beliau hanya mengetahui­nya semasa siasatan oleh pihak berkuasa.

Saksi itu juga memberi keterangan bahawa dia tidak dapat mengesahka­n bahawa urus niaga pertukaran asing itu datang daripada Najib kerana jabatannya berurusan dengan pengurus perhubunga­n pemegang akaun berhubung urus niaga ini.

Sementara itu semasa pemeriksaa­n semula oleh timbalan pendakwa raya kanan (DPP) Datuk Seri Gopal Sri Ram, saksi itu berkata biasanya bank akan menghantar penyata kepada pelanggan pada hujung bulan untuk memaklumka­n pelanggan mengenai jumlah baki dalam akaun mereka.

Kepada soalan lain oleh DPP Najwa Bistamam, saksi itu berkata Najib tidak pernah membangkit­kan sebarang laporan terhadap transaksi berkenaan kepada bank.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunaka­n kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n jumlah yang sama.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIR: Najib hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dekat Kuala Lumpur, semalam, bagi sambung perbicaraa­n berhubung kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang dihadapiny­a.
— Gambar Bernama HADIR: Najib hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dekat Kuala Lumpur, semalam, bagi sambung perbicaraa­n berhubung kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang dihadapiny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia