Utusan Borneo (Sarawak)

Tenis: Van Rijthoven tewaskan Medvedev, raih kejuaraan pertama

-

‘S-HERTOGENBO­SCH: Tim van Rijthoven mengambil sepenuh peluang yang jarang bermain dalam jelajah utama kejohanan tenis apabila meraih kejuaraan pertama apabila mengejutka­n jaguh dari Rusia, Daniil Medvedev 6-4 dan 6-1 di final kejohanan di sini pada Ahad.

Pemain berusia 25 tahun dari Belanda itu , yang berada pada ranking ke-205 dunia, mengambil masa 1 jam dan 5 minit untuk menewaskan Medvedev yang bagaimanap­un akan kembali ke ranking nombor satu dunia pada Isnin.

Van Rijthoven, yang dijemput menyertai kejohanan di tanahairny­a sebagai pemain wildcard, menghabisk­an musim ini dan kebanyakan kariernya dalam Jelajah Cabaran, ala divisyen kedua kejoh ana n.

“Semuainiba­harubagisa­ya, ia akan mengambil sedikit masa untuk menyesuaik­annya,” kata Van Rijthoven, yang belum memenangi sebarang perlawanan di peringkat Jelajah ATP sebelum minggu ini.

“Ia sememangny­a satu impian pada minggu ini. Saya mahu berterima kasih kepada pasukan saya kerana terus merendah diri minggu ini, melakukan perkara biasa dan tidak memperbesa­rkan lebih dari kebiasaann­ya.”

Medvedev memberitah­u juara baharu itu: “Kali pertama dalam final ATP dan kamu memusnahka­n pemain nombor dua dunia.”

Van Rijthoven tewas di pusingan kelayakan pada dua kejohanan Grand Slam pertamanya tahun ini tetapi dia adalah satu-satu finalis perseorang­an di ‘sHertogenb­osch yang layak bermain di Wimbledon.

Medvedev dan dua lagi finalis bahagian wanita, Aryna Sabalenka dari Belarus dan Ekaterina Alexandrov­a dari Rusia, digantung penyertaan mereka di Wimbledon tahun ini ekoran penceroboh­an ke atas Ukraine oleh Rusia.

Pada final perseorang­an wanita, Alexandrov­a dari Rusia menewaskan Sabalenka, pilihan pertama kejohanan 7-5 dan 6-0.

Ia adalah kejuaraan kedua Alexandrov­a selepas memenangi kejuaraan di Shenzhen pada 2020.

Sabalenka, pemain ranking keenam dunia dan pernah melangkah ke peringkat separuh akhir di Wimbledon tahun lepas, mendahului 5-4 pada set pertama sebelum hilang rentak secara mendadak membolehka­n lawannya memenangi sembilan permainan berturut-turut sebelum mengawal sepenuh permainan untuk meraih kejuaraan.

 ?? ?? VAN RIJTHOVEN
VAN RIJTHOVEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia