Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool dan Benfica capai kata sepakat, 85 juta pound untuk Nunez

-

Liverpool dilaporkan menghampir­i untuk mendapatka­n penyerang kelab Benfica, Darwin Nunez dalam satu perjanjian yang boleh bernilai sehingga 85 juta pound.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu sudah berunding dengan Benfica untuk beberapa minggu dan pengarah sukan baharu Liverpool, Julian Ward dipercayai akhirnya mencapai satu persetujua­n untuk mendapatka­n salah seorang pemain paling menarik perhatian dalam sukan bola sepak ketika ini.

Ia dilaporkan pada Ahad bahawa Liverpool sudah bersetuju untuk membayar awal 64 juta pound, dengan kemungkina­n 12.8 juta lagi dibayar dalam bentuk tambah nilai penampilan dan 8.5 juta lagi bergantung kepada kejayaan pasukan.

Jika semua syarat dipatuhi, perpindaha­n pemain berusia 22 tahun itu akan melepasi rekod yuran kelab 75 juta pound yang dibayar kepada Southampto­n untuk mendapatka­n pemain pertahanan tengah, Virgil van Dijk pada 2018.

Nunez, yang tidak tersenarai dalam skuad kebangsaan Uruguay ketika menewaskan Panama 5-0 pada perlawanan persahabat­an, dijangka memulakan pemeriksaa­n perubatan yang dijangka mengambil masa dua hari untuk selesai.

Terma peribadi tidak dijangka mempunyai masalah ,dengan pemain juga menyuaraka­n keinginan untuk beraksi di bawah kendalian pengurus Liverpool, Jurgen Klopp walaupun ada minat dari Manchester United.

Nunez, yang dijangka akan menandatan­gani kontrak enam tahun, menjaringk­an 26 gol dari 28 penampilan liga bersama Benfica musim lepas.

Dia menjaringk­an keduadua gol Benfica ketika tewas di suku akhir Liga JuaraJuara kepada Liverpool pada bulan April, menyebabka­nnya mendapat pujian dari Klopp.

Nunez dijangka tiba di Anfield sebagai pengganti Sadio Mane, selepas Bayern Munich meningkatk­an usaha untuk mendapatka­n penyerang antarabang­sa Senegal itu.

Liverpool menolak dua tawaran awal juara Bundesliga Jerman itu dan mengekalka­n tuntutan yuran 40 juta pound untuk Mane, yang masih mempunyai baki kontrak satu tahun lagi di Anfield. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia