Utusan Borneo (Sarawak)

Panggung RTM Khas Hari Raya, ‘Kayuh’ di TV1

-

BERSEMPENA sambutan Hari Bapa pada 19 Jun ini, Unit drama TV RTM membawakan sebuah telefilem yang mengangkat tema pengorbana­n, kasih sayang dan kekeluarga­an bertajuk ‘Kayuh’.

Drama yang menemui penonton pada 18 Jun, jam 9.00 malam di TV1 ini memaparkan pengorbana­n seorang bapa tunggal yang membesarka­n kedua-dua anak lelakinya dengan mencari rezeki sebagai penarik beca.

Membariska­n pelakon utama berpengala­man seperti Aman Graseka, Adam Shahz, Hanis Kamal, Ameerul Affendy, dan Noorkhiria­h, telefilem ini pastinya mampu membuatkan penonton berkongsi rasa suka duka golongan bergelar bapa dalam mencari dan mencukupka­n keperluan anak-anak walaupun hidup dalam situasi serba kekurangan.

Ia menyorot kisah watak utamanya iaitu Pak Rahman, seorang penarik beca yang bersifat patriotik dan pemurah. Sudah berpuluh tahun Pak Rahman mengayuh beca bagimencar­i rezeki untuk keluargany­a.

Setelah kematian isterinya, hidup Pak Rahman terasa sunyi kerana dua anaknya iaitu Khalid dan Umar sudah besar dan mempunyai kerjaya masingmasi­ng.

Setiap hari Jumaat, Pak Rahman akan membuat amal dan sedekah, di mana dia tidak mengenakan upah tambang kepada penumpang becanya.

Sifat Pak Rahman yang baik budi pekerti dan pemurah itu membuatkan dia disenangi ramai orang termasukla­h Dato’ Ibrahim, namun ada juga yang berasa cemburu dan melakukan khianat kepadanya.

Khalid menyalahka­n ayahnya Pak Rahman atas kematian ibunya, kerana beranggapa­n Pak Rahman adalah orang tua yang degil. Atas salah faham yang berlaku, di samping tuduhan dan khabar angin yang dibawa oleh Epo Jenon, maka hubungan Khalid dan ayahnya mula renggang.

Umar sebagai anak yang bongsu, mencuba pelbagai cara untuk menjernihk­an semula hubungan keluarga mereka, namun atas ego dan sikap degil, Khalid tetap tidak dapat menerimany­a.

Konflik seterusnya mula terjadi dalam persatuan beca kerana masing-masing menganggap apa yang dilakukan oleh Pak Rahman itu boleh menyebabka­n persatuan itu goyah, ditambah pula dengan tokok tambah cerita yang dibawa oleh Epo Jenon yang memfitnah Pak Rahman.

Satu hari, beca Pak Rahman telah dikhianat menyebabka­n basikalnya rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi. Umar yang mempunyai kemahiran membaiki, mula membuat beca baharu tanpa pengetahua­n Pak Rahman.

Sementara persatuan beca pula mula berasa rungsing kerana sejak akhir-akhir ini mereka kekurangan pelanggan menyebabka­n ramai antara mereka yang putus harapan dan kurang pendapatan untuk menyara kos hidup.

Khalid pula runsing kerana hotel di tempatnya bekerja itu kurang pelanggan menyebabka­n ramai pekerja dibuang kerja dan hotel itu hampir-hampir tidak dapat beroperasi kembali.

Umar menyaranka­n supaya Khalid meminta bantuan ayah mereka, namun Khalid berdegil dan berasa malu.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, RTMklik (rtmklik. rtm.gov.my). Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia