Utusan Borneo (Sarawak)

HASIL RAMPASAN:

- — Gambar Bernama

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai (kanan) menunjukka­n beberapa kenderaan yang berjaya dirampas pada sidang media mengenai sindiket curi kenderaan jenis proton ketika serbuan Ops Lejang Geng Remy Sentosa di Ibu Pejabat Daerah Sentul dekat Kuala Lumpur, semalam. Susulan tangkapan yang dilakukan, pihak polis telah berjaya merampas lapan buah motokar pelbagai jenis jenama Proton yang dilaporkan hilang di beberapa lokasi yang berbeza di sekitar Negeri Selangor, Perak, Melaka dan Kuala Lumpur. Kesemua kereta tersebut dianggarka­n bernilai RM60,000. Selain itu dua telefon bimbit pelbagai jenama, dua batang pemutar skru, satu batang pahat, satu batang allen key yang ditajamkan serta dua batang spanar pembuka tayar disyaki digunakan untuk mencuri kenderaan turut dirampas ketika serbuan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia