Utusan Borneo (Sarawak)

Pakej semula jadi tarikan pelabur

● Sarawak miliki banyak sumber asli yang telah menjadi bidang untuk memacu pelaburan asing ke negeri ini.

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Sarawak mempunyai banyak sumber asli yang telah menjadi bidang untuk memacu pelaburan asing ke negeri ini.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestaria­n Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni berkata, antaranya Sarawak telah dikurniaka­n tenaga diperbahar­ui yang menjadi aset utama kepada negeri ini.

“Sarawak dikenali dunia kerana mempunyai persediaan teknologi hijau di mana kira-kira 70 peratus negeri ini diliputi hutan di samping banyak laluan air, hujan sepanjang tahun dan cahaya matahari.

“Semua ini membentuk pakej semula jadi untuk Sarawak menerima sebanyak mungkin pelabur asing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Serantau Ketersambu­ngan Digital Inisiatif Pemimpin Asia Tenggara Belia (YSEALI) 2022 di Muzium Budaya Borneo di sini, semalam.

Hadir sama, Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur Michael Newbill, Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani dan Ketua Pegawai Eksekutif SDEC Sudarnoto Osman.

Sehubungan itu, Dr Hazland berkata Sarawak sentiasa mengalu-alukan pelaburan asing ke negeri ini.

“Kita sentiasa mesra dengan manamana pelabur asing yang ingin melabur di negeri ini.

“Lebih-lebih lagi kita menyokong ke arah di mana insentif diberikan kepada pelabur asing melalui pelbagai cara.

“Antaranya seperti tarif tenaga yang rendah, kos buruh yang kompetitif serta skim khas untuk zon perdaganga­n bebas di mana mereka boleh memajak tanah itu secara jangka panjang atau pajakan bertempoh atau beli tanah pada kadar yang sangat bersubsidi,” jelasnya.

Sementara itu, Michael memberitah­u potensi sumber pelaburan terbesar di negeri ini ialah tenaga hijau dan teknologi.

“Kita kini bekerjasam­a dengan syarikat Amerika yang berminat untuk meneroka apa yang Sarawak boleh tawarkan dan apa yang boleh kami sumbangkan,” katanya.

Meskipun tidak mempunyai bilangan syarikat Amerika yang telah melabur di Sarawak, beliau yakin banyak syarikat dari negaranya berminat untuk melabur di Sarawak.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? RASMI: Dr Hazland menyaksika­n Michael (kanan) meletakkan plak perasmian Bengkel Serantau Ketersambu­ngan Digital semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Sudarnoto dan Morshidi.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi RASMI: Dr Hazland menyaksika­n Michael (kanan) meletakkan plak perasmian Bengkel Serantau Ketersambu­ngan Digital semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Sudarnoto dan Morshidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia