Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki mengaku cedera bapa tiri dan adik tiri didenda RM4,000

-

KUCHING: Seorang lelaki bekerja sendiri dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu dengan sengaja mencederak­an bapa tiri dan adik tirinya, bulan lalu.

Tertuduh, Niggel Shaneton, 26, membuat pengakuan tersebut sebaik dua pertuduhan masingmasi­ng di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan beserta Seksyen 326A Kanun sama dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa mahkamah.

Sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau keduaduany­a sekali.

Majistret Zubaidah Sharkawi menetapkan tertuduh dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar bagi setiap pertuduhan dihadapiny­a.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederak­an bapa tirinya yang berusia 56 tahun dan adik tirinya, 19, di kediaman mereka sekeluarga di Jalan Kuching, Samarahan Expressway Siburan di sini pada 28 Mei lalu, sekitar jam 8.15 malam.

Berdasarka­n keterangan kes, tertuduh mengamuk selepas bapa tirinya (pengadu) cuba menghalang tertuduh daripada mengambil kunci kereta dan mahu menggunaka­n kereta milik pengadu tanpa kebenaran.

Susulan itu, berlaku pergelutan antara tertuduh dengan pengadu serta adik tirinya pada hari kejadian, sehingga tertuduh bertindak menumbuk adik tirinya di bahagian mata sebelah kiri. Tertuduh juga menolak pengadu sehingga pengadu terjatuh di atas lantai tempat letak kereta.

Akibat kejadian tersebut, pengadu mengalami sakit di bahagian belakang, selain cedera di bahagian kaki sebelah kiri dan siku sebelah kanan.

Sementara itu, adik tiri tertuduh mengalami kecederaan di bahagian mata sebelah kiri dan sakit bahagian badan.

Pengadu bertindak membuat laporan polis dan tertuduh seterusnya ditangkap pada 29 Mei lalu. Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia