Utusan Borneo (Sarawak)

KPM benar ahli politik lawat sekolah untuk pembanguna­n, pendidikan pelajar

-

MIRI: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) membenarka­n mana-mana ahli politik untuk memasuki kawasan sekolah sekiranya dengan tujuan untuk pembanguna­n sekolah dan pendidikan pelajar.

Bagaimanap­un, menurut Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin, mana-mana ahli politik yang mahu berbuat demikian harus memaklumka­n kepada pengetua atau guru besar terlebih dahulu untuk rekod Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Kementeria­n saya membenarka­n mana-mana ahli politik mengadakan program-program berkaitan pendidikan dan pembanguna­n di sekolah.

“Sebelum ini ketika kita berdepan pandemik COVID-19, kementeria­n melarang sama sekali orang luar memasuki kawasan sekolah.

“Kini keadaan semakin pulih dan kita sudah membenarka­n program seperti mesyuarat persatuan ibu bapa guru (PIBG) untuk kembali diadakan di sekolah,” katanya ketika berucap merasmikan blok akademik baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Anchi di Piasau di sini, semalam.

Sehubungan itu juga, Mohamad mengalu-alukan mana-mana ahli politik yang bercadang untuk melaksanak­an projek kecil di sekolah untuk berbuat demikian.

“Namun ada prosedur tertentu yang perlu dipenuhi ahli politik dan ia tidak rumit.

“Hanya berbincang dengan pengetua atau guru besar dan kemudian mereka akan berurusan dengan PPD. Jika ia untuk kepentinga­n sekolah, kami tiada masalah,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an pihak pengurusan sekolah tentang keperluan mereka untuk mengekalka­n hubungan baik dan kerjasama dengan pihak luar terdiri daripada pemimpin masyarakat, ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO).

Ia kerana katanya, kementeria­n tidak dapat memenuhi semua keperluan sekolah tetapi keperluan ini selalunya boleh diketengah­kan ahli politik.

Mengenai bangunan akademik baharu SK Anchi beliau berkata, projek tersebut dilaksanak­an di bawah program peruntukan RM1 bilion untuk sekolah-sekolah daif di negeri ini.

Program itu katanya, dikendalik­an kerajaan Sarawak dengan kerjasama KPM.

“Kerajaan Sarawak amat prihatin terhadap pendidikan sehinggaka­n program RM1 bilion ini dimulakan bagi mempercepa­tkan usaha menaik taraf dan membangunk­an semula bangunan sekolah daif di seluruh negeri,” katanya lagi.

Beliau berkata, program itu dilaksanak­an dalam tiga fasa melibatkan 147 projek di negeri ini.

Turut hadir ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Adam Yii dan Pengarah Pendidikan Sarawak Datu Dr Azhar Ahmad.

 ?? ?? KEMUDAHAN: Mohamad Alamin menurunkan tandatanga­n pada plak sebagai simbolik perasmian blok bangunan baharu SK Anchi di Miri, semalam sambil disaksikan Adam dan yang lain.
KEMUDAHAN: Mohamad Alamin menurunkan tandatanga­n pada plak sebagai simbolik perasmian blok bangunan baharu SK Anchi di Miri, semalam sambil disaksikan Adam dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia