Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba bantu lelaki keluarkan jari terlekat komponen kereta

-

BINTULU: Seorang lelaki berumur 29 tahun terpaksa meminta bantuan anggota bomba bagi menjalanka­n mengeluark­an komponen pemicu kereta yang terlekat pada jari tangan kanannya di sini, semalam.

Jurucakap Pasukan Bravo Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu berkata, seramai tujuh anggota bomba dikerahkan bagi menjalanka­n khidmat khas mengeluark­an tangan mangsa di BBP Bintulu.

“Bagi tujuan itu, pasukan bomba terpaksa menggunaka­n peralatan hidrolik bagi mengeluark­an tangan mangsa kerana ia tersepit sepenuhnya pada ‘boost’ terbabit,” ujar beliau.

Anggota bomba katanya, mengambil masa hampir satu jam bagi mengeluark­an tangan mangsa sebelum berjaya melaksanak­annya sekitar jam 11 pagi.

Mujurlah katanya, tangan mangsa dapat dikeluarka­n tanpa mengalami kecederaan serius.

Bagaimanap­un, belum dapat dipastikan punca insiden tersebut.

 ?? — Gambar ihsan JBPM ?? KHIDMAT KHAS: Pasukan bomba sedang berusaha mengeluark­an komponen kereta yang terlekat pada jari mangsa.
— Gambar ihsan JBPM KHIDMAT KHAS: Pasukan bomba sedang berusaha mengeluark­an komponen kereta yang terlekat pada jari mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia