Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki terbunuh dalam kemalangan di Sri Aman

-

Seorang lelaki terbunuh dalam kemalangan jalan raya di jalan Kampung Gran E, Stumbin, Sri Aman kelmarin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa dikenali sebagai Choo Jun Chiew, 51, semasa kejadian dikatakan memandu sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD).

Menurutnya, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik ke dalam parit di tepi jalan tersebut.

“Anggota bomba segera ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa masih tersepit serta sudah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut hadir di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba kemudian bertindak mengeluark­an mangsa dan orang awam turut membantu mengangkat kereta mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis dan kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sri Aman.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.56 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia