Utusan Borneo (Sarawak)

MAFI sasar SMART SBB bantu tingkat SSL beras Sabah

Sasaran hingga 60 peratus hasil produktivi­ti mampu dicapai dengan penglibata­n BERNAS sebagai elemen pengurusan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA BELUD: Program SMART Sawah Berskala Besar (SBB) yang pertama dilaksanak­an di negeri ini dijangka mampu meningkatk­an produktivi­ti dalam mencapai Tahap Sara Diri (SSL) beras tempatan sehingga 60 peratus.

Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyasarka­n lebih daripada tujuh hingga lapan metrik tan purata hasil pengeluara­n padi di negeri ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, sasaran berkenaan mampu dicapai dengan adanya penglibata­n syarikat swasta iaitu Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) sebagai elemen pengurusan yang dikehendak­i dalam industri padi beras.

“SSL Sabah ketika ni setakat 24 peratus dan kita harap ia akan meningkat kepada 60 peratus dengan penglibata­n pihak swasta secara dekat dalam tempoh sehingga 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis Pelancaran Program SMART SBB di Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) Kampung Jawi-Jawi di sini, Ahad lepas.

Ronald berkata, pendekatan SMART SBB yang melibatkan syarikat swasta bertujuan agar tanah sawah boleh diurus dengan efisien dalam mendapatka­n hasil yang lebih tinggi.

Menurutnya, Program SMART SBB di kawasan sawah terbiar seluas 45 hektar di Kampung Jawi-Jawi di sini melibatkan seramai 40 pesawah.

“Di Sabah, kita mulakan dengan satu kumpulan kecil dan diterajui oleh BERNAS serta beberapa jentera yang akan digunakan dalam Program SMART SBB di Kota Belud.

“Justeru, dengan pengurusan lebih baik, kita jangka hasil yang lebih baik daripada kaedah dan pendekatan yang dilakukan ketika ini.

“Itu matlamat SBB dan kita harap diperluask­an ke kawasan lebih luas dengan melibatkan lebih ramai pesawah.

“Program ini juga mengurangk­an pengaruh orang tengah dan peserta yang terlibat secara sukarela tidak perlu mengeluark­an kos penanaman serta pengurusan selepas menyertai program ini kerana semua kos ditanggung oleh syarikat peneraju,” jelasnya.

Beliau berkata, dari aspek pembanguna­n kawasan, kerajaan sedang giat membangunk­an sistem pengairan dan saliran Kota Belud yang melibatkan kos sebanyak RM410.39 juta untuk mengatasi masalah air.

Katanya, projek pembanguna­n berkenaan merangkumi 17 projek pembanguna­n dan melibatkan kerja-kerja naik taraf sistem pengairan dan saliran, pembinaan tali air utama, pembinaan jalan ladang, dan infrastruk­tur lain yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2030.

“Seluas 5,000 hektar kawasan penanaman padi sebanyak dua kali setahun akan dapat dilaksanak­an apabila ia siap kelak.

“Pembanguna­n infrastruk­tur ini tentu sekali akan memberi manfaat kepada pesawah dari segi peningkata­n hasil dan sasaran SSL negeri Sabah kepada 60 peratus,” katanya.

Pada masa sama jelasnya, MAFI juga bercadang untuk mengoptimu­mkan penggunaan sumber tanah di Sabah dan Sarawak dengan sasaran pembukaan kawasan jelapang baharu seluas 200,000 hektar di kedua-dua negeri.

Beliau berkata, usaha itu dilaksanak­an melalui kerjasama kerajaan negeri masing-masing dengan anggaran pengeluara­n hasil padi sebanyak 1.2 juta tan metrik setahun.

Dalam pada itu katanya, penanaman padi di Kota Belud dilaksanak­an secara tradisiona­l iaitu menggunaka­n sumber air semula jadi dari gunung bagi tujuan pengairan sawah.

Sehubungan itu, pihaknya melihat kaedah pengairan seumpama itu sesuai untuk pengeluara­n penanaman padi dan pengeluara­n beras yang bermutu tinggi.

“Situasi ini juga menyamai kaedah pengairan di Wilayah Jammu dan Kashmir untuk penanaman padi dan pengeluara­n beras Basmathi yang bermutu tinggi.

“Dalam hal ini, MAFI berhasrat untuk memberi perhatian khusus kepada penanaman padi organik yang bersesuaia­n dengan keadaan tanah bagi mencapai pengeluara­n hasil padi khusus dan berkualiti, seterusnya dapat meningkatk­an pendapatan dan taraf hidup pesawah di sini,”katanya.

Pada majlis itu, Ronald turut menyempurn­akan simbolik majlis pecah tanah bagi pembinaan Kompleks IADA Kota Belud yang akan menjadi satu mercu tanda kepada pembanguna­n industri padi dan beras di Sabah.

Beliau berkata, kerajaan memperuntu­kkan sejumlah RM36 juta tahun ini bagi pembinaan Kompleks IADA yang dijangka siap dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Kompleks ini dijangka menyumbang kepada pembanguna­n kawasan yang lebih holistik dan cekap seterusnya menjadi pusat latihan kepada pesawah bagi meningkatk­an ilmu pengetahua­n dalam pembanguna­n industri padi, bengkel jentera pertanian, serta makmal analisis pertanian,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Hendrus Anding, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pertanian dan Perikanan Datuk Dr Mariana Tinggal, Ketua Bahagian Pengurusan Konsesi dan Aktiviti Huluan BERNAS Abdul Rahman Mohd Nasri dan Pengarah IADA Kota Belud Norfaine Sameun.

 ?? ?? KEMUDAHAN: Ronald (tiga kanan) menyampaik­an replika kunci jentera mini pembajak dan penuai kepada kepada tiga kampung yang diwakili oleh Yipin Yaga (tiga kiri).
KEMUDAHAN: Ronald (tiga kanan) menyampaik­an replika kunci jentera mini pembajak dan penuai kepada kepada tiga kampung yang diwakili oleh Yipin Yaga (tiga kiri).
 ?? ?? TERTARIK: Ronald (tiga kanan) bersama tetamu jemputan lain melawat pameran alat dron yang digunakan untuk Program SMART SBB di Kota Belud.
TERTARIK: Ronald (tiga kanan) bersama tetamu jemputan lain melawat pameran alat dron yang digunakan untuk Program SMART SBB di Kota Belud.
 ?? ?? LANCAR: Acara simbolik pecah tanah Kompleks IADA Kota Belud yang disempurna­kan oleh Ronald (dua kiri).
LANCAR: Acara simbolik pecah tanah Kompleks IADA Kota Belud yang disempurna­kan oleh Ronald (dua kiri).
 ?? ?? PAMERAN: Peserta pameran menunjukka­n produk MARDI kepada Ronald (tengah) semasa lawatan ke tapak pameran.
PAMERAN: Peserta pameran menunjukka­n produk MARDI kepada Ronald (tengah) semasa lawatan ke tapak pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia