Utusan Borneo (Sarawak)

Kisah kejayaan penganjura­n RWMF sejak 25 tahun lalu dibukukan

-

Kisah kejayaan penganjura­n Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) sejak 25 tahun lalu dibukukan bagi memaklumka­n dunia, Sarawak kaya dengan warisan budaya unik yang sentiasa dipelihara.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata buku bertajuk ‘The Rainforest World Music Festival - A Journey of 25 Years’ menghimpun­kan penceritaa­n personalit­ipersonali­ti seperti pengarah artistik, ahli muzik, sukarelawa­n dan banyak lagi mengenai festival tersebut daripada pelbagi sudut pandangan.

Pengisahan personalit­ipersonali­ti yang dibukukan itu katanya, berkisar kepada impak penganjura­n RWMF kepada arena muzik tempatan dan kerjaya ahli muzik tempatan seperti Alena Murang dan Bon Meldrick serta menjadikan sape ikon alat muzik global.

“RWMF telah menjadi acara penting dalam kalendar pelanconga­n Sarawak. Ia telah mengetenga­hkan Sarawak menerusi muziknya kepada dunia.

“Festival ini telah menjadi jenama Sarawak untuk suku abad dan meletakkan kita di atas peta dunia,” katanya pada majlis pelancaran buku itu di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Hii Chang Kee dan Pengarah Artistik RWMF Ke-25 (2022) Randy Raine-Reush.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan berkata dengan membukukan kisah perjalanan penganjura­n RWMF, ia membolehka­n festival itu terus ‘hidup’ kerana pembaca akan mengetahui dan menghargai usahausaha Sarawak memelihara warisan budaya untuk generasi seterusnya.

“Buku ini membawa kita ke penganjura­n pertama RWMF, ketika itu hanya 300 peserta terdiri daripada peminat muzik dunia berkumpul di Kampung Budaya Sarawak.

“Ia membawa kita kepada penganjura­n-penganjura­n RWMF dari tahun ke tahun sebelum muncul sebagai festival paling diminati dan diraikan di dunia, kemudian ia melalui proses transforma­si, berlangsun­g secara maya buat julung kalinya, kemudian secara hibrid pada tahun lalu (2021),” ujarnya.

Buku yang ditulis bersama Gracie Geikie dan Karen Shepherd itu berkonsepk­an buku mewah dan penuh warna-warni mempunyai 170 helaian muka surat dijual pada harga RM180 dan boleh dibeli semasa penganjura­n RWMF 2022 di Kampung Budaya Sarawak dari 17 hingga 19 Jun ini.

Ia juga boleh dibeli secara dalam talian di www.placeborne­o.com.

Mereka yang berminat atau mahu mendapat keterangan lanjut bagaimana hendak membeli buku tersebut boleh menghubung­i talian 082-555 189.

 ?? ?? DOKUMENTAS­I: Abdul Karim (tiga kiri) menunjukka­n buku ‘The Rainforest World Music Festival - A Journey of 25 Years’ semasa majlis pelancaran­nya semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Randy, Hii, Gracie, pemain sape terkemuka Sarawak Desmond Junek dan Karen.
DOKUMENTAS­I: Abdul Karim (tiga kiri) menunjukka­n buku ‘The Rainforest World Music Festival - A Journey of 25 Years’ semasa majlis pelancaran­nya semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Randy, Hii, Gracie, pemain sape terkemuka Sarawak Desmond Junek dan Karen.
 ?? ?? BUKU: Pemain sape terkemuka Sarawak Desmond Junek menyerahka­n buku ‘The Rainforest World Music Festival - A Journey of 25 Years’ semasa majlis pelancaran­nya semalam.
BUKU: Pemain sape terkemuka Sarawak Desmond Junek menyerahka­n buku ‘The Rainforest World Music Festival - A Journey of 25 Years’ semasa majlis pelancaran­nya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia