Utusan Borneo (Sarawak)

YBR peruntuk RM1.5 juta kepada 1,500 pelajar IPT

-

Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntu­kkan sejumlah RM1.5 juta untuk Program Bantuan Awal Pengajian yang memanfaatk­an sejumlah 1,500 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpilih di seluruh Malaysia.

Pengerusi YBR Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata sebanyak 17 universiti telah dipilih bagi penyerahan bantuan awal itu tahun ini berbanding 13 universiti pada 2020.

“Yayasan Bank Rakyat memperkena­lkan program ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam keluarga kurang berkemampu­an untuk menampung perbelanja­an bagi kemasukan ke IPT akibat pandemik COVID-19.

“Tahun ini pemberian bantuan ini dibuat secara bersemuka agar mereka yang layak menerima bantuan menghargai serta menggunaka­nnya dengan sebaik mungkin,” katanya selepas menghadiri majlis penyerahan bantuan itu di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 80 pelajar UiTM Cawangan Sarawak menerima bantuan awal pengajian YBR mereka.

Sejak program bantuan ini dilaksanak­an pada 2017, sejumlah 3,277 pelajar daripada latar belakang keluarga yang kurang berkemampu­an telah mendapat manfaatnya.

Selain itu, Megat Zulkarnain berkata YBR turut memperuntu­kkan RM176 juta bagi Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) yang telah dilaksanak­an sejak 2008 hingga kini.

Katanya, permohonan untuk pembiayaan PPBU akan dibuka sebanyak dua kali tahun ini iaitu pada Februari dan Julai, susulan jumlah permohonan yang banyak diterima.

“Kita mendapat pemohonan yang banyak tahun ini kerana ramai pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampu­an terkesan dengan situasi COVID-19 yang melanda sejak 2020, justeru kita tidak mahu kerana situasi kewangan pelajar enggan menyambung pengajian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia