Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatan kepimpinan tertinggi PBB tidak dipertandi­ngkan

Mendapat sokongan padu daripada ahli, ia juga manifestas­i penerimaan rakyat terhadap pasukan kepimpinan

-

“Namun begitu, perlu ada demokrasi. Saya masih perlu mengisi borang pencalonan memandangk­an tiada orang lain yang mengisi borang untuk ” mencabar jawatan tertinggi.

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Naib Presiden PBB

KUCHING: Jawatan kepimpinan tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kekal tidak dipertandi­ngkan kerana ia mendapat sokongan padu daripada ahlinya, kata Naib Presiden PBB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri lalu, Abdul Karim menegaskan bahawa ini adalah manifestas­i penerimaan rakyat terhadap pasukan kepimpinan. Sehubungan itu, beliau berkata ahli-ahli telah menyeru agar kepimpinan sedia ada dikekalkan.

“Namun begitu, perlu ada demokrasi. Saya masih perlu mengisi borang pencalonan memandangk­an tiada orang lain yang mengisi borang untuk mencabar jawatan tertinggi.

“Kami menang tanpa bertanding, ia termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden kanan dan naib presiden,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penyerahan gelanggang tenis yang dinaik taraf di SMK Tabuan Jaya di sini petang semalam.

Sabtu lalu, Pegawai Pemilihan PBB Dato Awang Bemee Awang Ali Basah mengumumka­n tidak akan ada pertanding­an untuk jawatan tertinggi semasa Perhimpuna­n Agung Tiga Tahun Sekali (TGM) PBB dari 17 hingga 19 Jun ini.

Beliau berkata, pencalonan untuk pemilihan parti telah ditutup dan tiada calon telah dicalonkan untuk mencabar jawatan tertinggi ini.

Bagi 14 jawatan sayap PBB Pesaka, Awang Bemee berkata mereka menang tanpa bertanding susulan 10 daripada 24 calon menarik diri.

“Sementara itu untuk sayap Bumiputera, terdapat 22 calon yang akan bertanding untuk 16 jawatan,” katanya.

 ?? ?? ABDUL KARIM
ABDUL KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia