Utusan Borneo (Sarawak)

Bazar Gawai Dayak Sibu dapat sokongan amat menggalakk­an

-

Bazar Gawai Dayak Sibu anjuran Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) di Taman Tasik Permai di sini dari Mei lalu mendapat sokongan menggalakk­an khususnya masyarakat Dayak.

Sambutan baik itu menunjukka­n masyarakat Dayak menyokong aktiviti diadakan oleh MPS khususnya yang dapat meningkatk­an ekonomi mereka melalui peluang perniagaan.

“Ini adalah acara mencabar bagi saya kerana pada mulanya saya tidak meramalkan kejayaanny­a.

“Penganjura­nnya sangat berjaya kerana semua peniaga menikmati perniagaan rancak dan pulang dengan senyuman lebar,” kata pengerusi penganjur Kaunselor Sammy Ngelambai.

Berucap pada Majlis Ngiling Bidai anjuran peniaga, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli jawatankua­sa terlibat dalam penganjura­n Bazar Gawai lalu, Sammy berkata beliau dan rakanrakan Ahli Majlis merancang menganjurk­an Jualan Krismas dan Tahun Baharu pada Disember depan.

Ini katanya, adalah satu lagi jalan MPS membantu masyarakat Dayak meningkatk­an ekonomi mereka melalui aktiviti perniagaan kecil seperti itu.

“Kami berharap agar kami mendapat sokongan sama daripada semua dalam menjayakan jualan itu nanti,” katanya.

Majlis Ngiling Bidai menandakan berakhirny­a sambutan Gawai dimeriahka­n dengan sukaneka menyeronok­kan, persembaha­n ngajat, nyanyian karaoke dan penebangan pokok ‘ranyai’.

Turut hadir Temenggung Datuk Wilfred Billy Panyau dan Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu Chambai Lindong.

 ?? ?? BERAKHIRNY­A GAWAI: Sammy (tiga kiri) menyaksika­n Wilfred (lima kiri), Chambai (dua kanan) serta yang lain melakukan simbolik Majlis Ngiling Bidai di Sibu, malam Ahad lalu.
BERAKHIRNY­A GAWAI: Sammy (tiga kiri) menyaksika­n Wilfred (lima kiri), Chambai (dua kanan) serta yang lain melakukan simbolik Majlis Ngiling Bidai di Sibu, malam Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia