Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan Sedi-Sebako siap, akhiri kesukaran penduduk

-

Tiada lagi keluh-kesah penduduk yang sebelum ini terpaksa menggunaka­n jalan ladang dari Kampung Sedi ke Kampung Sebako di sini setelah projek penurapan jalan itu siap.

Ketua Kaum Kampung Sebako Tajudin Jalaludin yang berkata demikian, menambah beliau mewakili penduduk kampung bersyukur kerana pergerakan penduduk kampung ke pekan atau bandar kini mudah berbanding sebelum ini agak sukar kerana melalui jalan sempit dan berlubang.

“Atas usaha bersungguh­sungguh dan keprihatin­an YB Datuk Abdullah Saidol (Ahli Dewan Undangan Negeri Semop) mendapatka­n peruntukan serta berurusan dengan pelbagai agensi untuk membina jalan ini, kami ucapkan terima kasih kepada beliau,” katanya pada majlis ringkas penyerahan projek berkenaan di sini, semalam.

Projek Menurap Jalan Sedi-Sebako (Fasa 2) itu dilaksanak­an oleh D.A.L. Keluarga Realty Sdn Bhd dan dipantau JKR Wilayah Tengah.

Abdullah yang juga Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) berkata, jalan sepanjang 5.5 kilometer bernilai RM2,475,170 itu merupakan antara jalan utama di Pulau Bruit yang beliau rancang dan usahakan untuk dinaik taraf.

Selain jalan berkenaan, beliau turut mengusahak­an peruntukan bagi membiayai projek menurap jalan ladang sejauh 10 kilometer yang difahamkan kini hampir siap.

Menurutnya, projek menaik taraf dua jalan ini perlu dilakukan selaras dengan pembinaan dua jambatan menghubung­kan Pulau Bruit iaitu Jambatan Batang Paloh dan Jambatan Batang Lassa dengan kos hampir RM1 bilion - dijangka siap dua tahun lagi.

Apabila ia siap, beliau menjangkak­an lebih banyak kenderaan akan berkunjung ke 13 kampung di Pulau Bruit.

“Selain projek-projek perhubunga­n, saya telah memohon peruntukan untuk melaksanak­an beberapa projek kemudahan asas lain seperti pembinaan dewan dan masjid baharu,” katanya.

 ?? ?? SUDAH SIAP: Abdullah pada upacara ringkas penyerahan Projek Menurap Jalan Sedi-Sebako daripada Datuk Dzulkarnae­n Ahmad (lima kanan) mewakili D.A.L. Keluarga Realty Sdn Bhd kepada pegawai JKR Bahagian Mukah Safarnie Uthman. Turut kelihatan, Tajudin (tiga kiri).
SUDAH SIAP: Abdullah pada upacara ringkas penyerahan Projek Menurap Jalan Sedi-Sebako daripada Datuk Dzulkarnae­n Ahmad (lima kanan) mewakili D.A.L. Keluarga Realty Sdn Bhd kepada pegawai JKR Bahagian Mukah Safarnie Uthman. Turut kelihatan, Tajudin (tiga kiri).
 ?? ?? TARIK DIRI: Pengiran Daud (duduk lima kiri) bersama Talib (duduk lima kanan) serta AJK Cawangan PBB N67 Jepak semasa mengadakan mesyuarat tergempar PBB Cawangan Jepak tentang keputusan Pengiran Daud untuk tidak bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi PBB.
TARIK DIRI: Pengiran Daud (duduk lima kiri) bersama Talib (duduk lima kanan) serta AJK Cawangan PBB N67 Jepak semasa mengadakan mesyuarat tergempar PBB Cawangan Jepak tentang keputusan Pengiran Daud untuk tidak bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi PBB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia