Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab Sosial dan Rekreasi Raport adakan AGM ke-47

-

Kelab Sosial dan Rekreasi Raport (KSRR) mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke47 di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Pada mesyuarat tersebut, agenda yang diusulkan adalah pengesahan minit AGM pada 27 Mac 2019, menerima laporan tahunan jawatankua­sa 2019, 2020 dan 2021, menerima dan meluluskan penyata akaun diaudit bagi tempoh 2019, 2020 dan 2021 dan beberapa perkara lain.

Sementara itu, jawatan Pengerusi masih disandang Hayati Kiprawi manakala Timbalan Pengerusi Ali Woodfry.

Setiausaha Kehormat Lai Chiong Wee, Penolong Setiausaha Ahmad Hussin Saraani, Bendahari Hii Ping Ping dan Penolong Bendahari Orpha@Flora Tai.

Azlan Omar, Mathodius

Pius Kuha, Khussuady Penyarang, Benet Ayom, Zahari Ismail dan Zaidil Saar merupakan ahli-ahli jawatankua­sa KSRR 2022.

Jumlah ahli KSRR setakat 13 Jun adalah seramai 152 orang, di mana 19 orang merupakan ahli baharu.

Hayati dalam ucapannya memohon semua ahli supaya bekerjasam­a dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang akan dijalankan tahun ini hingga tahun depan.

“Kita akan adakan pelbagai aktiviti sehingga AGM akan datang untuk semua ahli dalam usaha mengeratka­n hubungan silaturahi­m.

“Jadi kerjasama semua ahli amat diperlukan,” katanya.

Menurut Hayati, antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti Hari Keluarga, pertanding­an badminton, senam robik, pertanding­an e-sukan, futsal, boling dan lawatan sambil belajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia