Utusan Borneo (Sarawak)

Projek perintis Jawatankua­sa Trafik Sibu bermula

-

Projek perintis Jawatankua­sa Trafik Sibu di dua kawasan yang mengalami kesesakan lalu lintas yang serius, iaitu di sepanjang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart dan Sekolah Menengah Katolik di sini bermula semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, projek yang dijangka berakhir September ini bertujuan mengurangk­an kesesakan lalu lintas di kedua-dua kawasan itu sebelum mencari penyelesai­an untuk penambahba­ikan selanjutny­a.

Tambahnya, antara langkah yang diambil termasuk mengenakan masa kawalan lalu lintas di kedua-dua tempat ini, selain mengosongk­an dua lorong di hadapan sekolah-sekolah berkenaan bagi melancarka­n aliran trafik.

“Sepanjang masa kawalan lalu lintas, kita akan mempunyai polis trafik, RELA dan warden sekolah untuk mengawal ketat lalu lintas di dua kawasan ini.

“Hari ini (Isnin) adalah hari pertama waktu kawalan trafik Sibu kami di SMK Sacred Heart dan Sekolah Menengah Katolik.

“Oleh kerana sekolahsek­olah ini terletak di tepi jalan utama, berlaku kesesakan lalu lintas yang serius di keduadua kawasan ini.

“Kami berharap dapat mengosongk­an dua lorong di hadapan dua sekolah ini bagi melancarka­n aliran trafik.

“Apabila sekolah tamat, terdapat kesesakan lalu lintas sepanjang masa terutama ketika hari hujan.

“Pada masa ini saya akan katakan setakat ini sangat baik dan telah menerima banyak maklum balas positif daripada orang ramai,” kata Chieng kepada pemberita selepas pemeriksaa­n kawalan lalu lintas di hadapan keduadua sekolah tersebut lewat kelmarin.

Beliau mengakui terdapat segelintir ibu bapa yang berselisih faham lantas meminta kerjasama mereka.

“Malangnya, masih ada segelintir ibu bapa yang agak degil dan berkeras mahu parkir berganda di kawasan itu.

“Terdapat lima lorong di hadapan SMK Sacred Heart tetapi hanya tinggal satu lorong untuk dilalui lalu lintas, ini sama sekali tidak boleh diterima.

“Sangat mementingk­an diri sendiri dan itulah sebabnya kami membuat keputusan untuk mengosongk­an dua lorong.

“Saya menerima banyak aduan di mana mereka (pemandu) perlu menunggu kira-kira 45 minit untuk melalui jalan ini (sepanjang jalan di SMK Sacred Heart), yang sama sekali tidak boleh diterima.

“Kami memilih dua sekolah ini sebagai projek perintis dengan bantuan polis trafik dan RELA, Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) dan pihak sekolah,” kata Chieng.

Beliau berkata pihaknya telah mencadangk­an agar ibu bapa menunggu di bangunan komersial di seberang jalan.

Warden trafik SMK Sacred Heart dan RELA akan memastikan anak-anak mereka selamat melintas jalan, tambah Chieng.

“Saya sangat gembira dengan kerjasama yang diberikan setakat ini,” tegasnya.

Di Sekolah Menengah Katolik, terdapat lorong tambahan supaya kenderaan yang keluar dari sekolah itu boleh membelok kiri ke Lorong Lanang 1 bagi mengurangk­an kesesakan, katanya.

Masa kawalan lalu lintas di Sekolah Menengah Katolik pada Isnin hingga Khamis bermula jam 3 hingga 4 petang, Jumaat pada 12.30 tengah hari hingga 1:30 petang manakala di SMK Sacred Heart dan SK Sacred Heart English, pada Isnin hingga Khamis jam 12 tengah hari hingga 2 petang dan Jumaat jam 11 pagi hingga 1 petang.

Bagi tujuan ini, Chieng tidak menolak kemungkina­n projek perintis dilanjutka­n ke sekolah lain di sini pada masa akan datang jika menunjukka­n hasil yang positif.

 ?? ?? MEMUASKAN: Chieng (kanan) bercakap dengan polis trafik semasa pemeriksaa­n kawalan trafik di hadapan SMK Sacred Heart kelmarin.
MEMUASKAN: Chieng (kanan) bercakap dengan polis trafik semasa pemeriksaa­n kawalan trafik di hadapan SMK Sacred Heart kelmarin.
 ?? ?? SERU KERJASAMA: Hayati (tiga kiri) mempengeru­sikan AGM KSRR di Sibu, kelmarin.
SERU KERJASAMA: Hayati (tiga kiri) mempengeru­sikan AGM KSRR di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia