Utusan Borneo (Sarawak)

Wakil rakyat disaran buat kad laporan setiap lima tahun

-

Wakil rakyat disaran membuat kad laporan mengenai projek di kawasan masing-masing setiap lima tahun.

Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman Datuk Dr Juanda Jaya berkata, ini bagi membuktika­n kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) benar-benar telah berkhidmat kepada rakyat.

“Senaraikan semua projek dan laporan lengkap yang telah dibuat dalam jangka masa lima tahun, ia bukti wakil rakyat bekerja untuk rakyat,” katanya ketika ucaptama Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanak Seksyen 18 KTN (Pertanian) Kampung Tian, Matu serta cek pampasan tanah dan exgratia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng di Dewan Serba Guna kampung berkenaan di sini, semalam.

Berkongsi pengalaman­nya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu Juanda berkata, perkara itu telah dilaksanak­annya malah semua laporan projek telah dibukukan dan diagih kepada setiap keluarga.

Melalui cara itu tambahnya, ia dapat memberitah­u rakyat tentang segala projek yang sama ada telah, sedang atau masih dalam pelaksanaa­n.

“Hal itu juga secara tidak langsung memberitah­u rakyat tentang ketelusan sesuatu projek yang dijalankan,” katanya.

Mengenai majlis penerimaan surat milikan pula katanya, ia adalah satu bukti bahawa kerajaan mengeluark­an surat hak milik Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN) secara konsisten.

Ia bukanlah seperti dakwaan sesetengah pihak tidak bertanggun­gjawab bahawa surat seumpama hanya dikeluarka­n mengikut musim tertentu, tegas Juanda lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia