Utusan Borneo (Sarawak)

EC perkenal program Diploma Sains Komputer, Diploma Kejurutera­an Perisian

-

Kolej Eksekutif (EC) memperkena­lkan program Diploma Sains Komputer (Keselamata­n Siber) dan Diploma Kejurutera­an Perisian bagi memenuhi permintaan sumber manusia dalam pemesatan ekonomi yang dibangunka­n menerusi teknologi digital.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif EC David Chew, dua program tersebut telah dilancarka­n semalam juga mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diluluskan Kementeria­n Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

“Semua pelajar yang mendaftar bagi pengambila­n Julai/Ogos 2022 akan menikmati pensijilan nilai tambah IT Antarabang­sa.

“Sijil ini dianugerah­kan oleh Persatuan Industri Teknologi Pengkomput­eran (CompTIA) yang bernilai sehingga RM5,000 untuk setiap pelajar.

“Kami melihat kejurutera­an perisian dan keselamata­n siber sebagai dua daripada kerjaya berkaitan sains komputer yang paling pesat berkembang dan diperlukan dalam banyak syarikat pada masa depan,” katanya pada sidang media semalam.

Jurutera perisian dan jurutera keselamata­n siber terlibat dalam reka bentuk dan pembanguna­n program komputer walaupun jurutera keselamata­n siber lebih menumpukan pada langkah keselamata­n untuk sistem komputer.

Amat ketara apabila kekurangan tenaga profesiona­l ini telah menyumbang kepada kerugian kewangan yang ketara sehingga RM2.23 bilion akibat daripada penipuan keselamata­n siber.

Tegas beliau, amat penting untuk mempunyai tenaga kerja sains komputer yang cekap untuk menangani isu terbabit serta membentuk masa depan dan mempercepa­tkan penggunaan­nya dalam kalangan masyarakat.

Pada masa yang sama mengikut aliran semasa kehidupan yang berasaskan era teknologi, maklumat digital dan telekomuni­kasi untuk pertumbuha­n ekonomi mampan Sarawak.

Sementara itu, Ketua Akademik EC Owen Voon menambah bahawa keduadua kursus berkenaan mengambil masa dua tahun dan tiga bulan pengajian dan setiap kohort, pihaknya berupaya mengambil antara 20 hingga 25 pelajar pada satu-satu masa.

Pada masa yang sama, Ketua Pemasaran EC Isaac Kho berkata pihaknya menyediaka­n tajaan biasiswa bernilai RM500,000 bagi pengambila­n pelajar Julai/Ogos yang layak.

Pelbagai pakej promosi, biasiswa dan bantuan kewangan disediakan untuk pelajar yang baharu berdaftar.

“Promosi pertama ialah bayar satu yuran tetapi dapat dua sijil iaitu Diploma Sains Komputer atau Diploma Kejurutera­an

Perisian bersama pensijilan CompTIA.

Satu lagi promosi ialah pengecuali­an yuran pengajian dan hadiah percuma bernilai sehingga RM5,000 untuk semua pelajar yang baru mendaftar dan layak,” ujarnya.

Ketiga, kaedah pembayaran fleksibel juga disediakan di EC bagi mengurangk­an beban kewangan ibu bapa.

Di samping itu, biasiswa akademik sehingga 100 peratus juga disediakan untuk pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam SPM, O-Level, UEC antaranya, selain diberi tablet percuma untuk pelajar yang mendaftar dan layak.

EC akan mengadakan Hari Terbuka bermula 1 hingga 3 Julai 2022.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi perunding Kolej Eksekutif (Pauline atau Lily) di talian 082-345 680 atau kunjungi kampus di Tingkat 2, Crown Square, 88 Jalan Pending, 93450 di sini.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: David (duduk lima kanan), Owen (duduk empat kiri) dan Isaac (empat kanan) merakam kenangan bersama selepas sidang media yang dijalankan di EC semalam.
UNTUK ALBUM: David (duduk lima kanan), Owen (duduk empat kiri) dan Isaac (empat kanan) merakam kenangan bersama selepas sidang media yang dijalankan di EC semalam.
 ?? ??
 ?? ?? KEMUDAHAN: Bilik kuliah yang kondusif dan selesa disediakan pihak EC untuk para pelajarnya.
KEMUDAHAN: Bilik kuliah yang kondusif dan selesa disediakan pihak EC untuk para pelajarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia