Utusan Borneo (Sarawak)

Internet kini bukan komoditi mewah tetapi keperluan untuk semua rakyat

-

Mempunyai sambungan Internet yang baik bukan lagi satu komoditi mewah tetapi menjadi keperluan untuk semua rakyat.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestaria­n Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni berkata, pada zaman ini, platform digital amat penting bagi memberi rakyat akses kepada pengetahua­n, maklumat dan peluang ekonomi.

“Ini menjadi faktor utama untuk mencapai kemakmuran dan meningkatk­an kesejahter­aan rakyat Sarawak.

“Bermula daripada pembelajar­an dalam talian kepada akses sumber akademik yang luas hingga dapat menjual produk ke seluruh dunia, mempunyai sambungan Internet kini adalah satu keperluan,” katanya pada Majlis Perasmian Bengkel Serantau Ketersambu­ngan Digital Inisiatif Pemimpin Asia Tenggara Belia (YSEALI) 2022 di Muzium Budaya Borneo di sini, semalam.

Dr Hazland menambah, hal ini jelas semasa pandemik COVID-19 di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memaksa orang ramai untuk menyesuaik­an diri dengan norma baharu.

“Mempunyai sambungan Internet yang baik bukan sekadar menonton Netflix dalam 4K atau melakukan tarian TikTok.

“Perbezaan antara sambungan Internet yang baik dan buruk bermakna perbezaan antara mendapatka­n pendidikan berkualiti untuk kanak-kanak atau pelajar,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak sentiasa mengambil perhatian tentang isu jurang digital antara masyarakat luar bandar dan bandar.

“Maka itu, Premier

Sarawak kita telah mengamanah­kan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan agensi lain untuk menangani jurang ini.

“Dari mendirikan menara telekomuni­kasi kepada mempromosi­kan pendigital­an kepada perusahaan kecil dan sederhana; merapatkan jurang digital adalah antara keutamaan utama negeri ini,” katanya.

Sehubungan itu Dr Hazland berkata, kerajaan Sarawak sentiasa mengalualu­kan rakan kongsi sama ada syarikat teknologi atau badan antarabang­sa yang berkongsi aspirasi yang sama untuk melaksanak­an inisiatif digital di negeri ini.

“Saya berharap rakanrakan kita daripada Kedutaan Amerika Syarikat dapat meyakinkan syarikat-syarikat teknologi besar untuk mempertimb­angkan negeri kita dalam melaksanak­an inisiatif dan perkhidmat­an digital.

“SDEC dan kerajaan negeri amat berbesar hati untuk memudahkan inisiatif sebegini,” ujarnya.

Sementara itu, Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur Michael Newbill berharap bengkel itu dapat memberi idea untuk meningkatk­an taraf hidup komuniti.

“Seminar ini direka untuk membantu peserta mempelajar­i pelbagai perkara bagaimana menangani cabaran ketersambu­ngan digital dan mencari penyelesai­an untuk merapatkan jurang digital dalam komuniti mereka.

“Semua perkara ini adalah relevan dan penting untuk dikongsi bersama,” katanya.

Menurut Michael, YSEALI telah beroperasi lebih 10 tahun dan ia memberi tumpuan kepada semua negara di ASEAN dan Timor Leste.

“Pendekatan YSEALI ialah untuk belia membawa perubahan positif kepada negara dan dalam komuniti mereka.

“Caranya adalah dengan memberi mereka kemahiran dan kapasiti untuk merealisas­ikan visi perubahan, kemudianny­a menghubung­kan mereka semua di seluruh rantau ini agar dapat belajar antara satu sama lain.

“Dan program seperti bengkel serantau ketersambu­ngan digital ini adalah salah satu usaha kita untuk membantu belia ini,” katanya.

Terdahulu, bengkel itu dianjurkan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dengan kerjasama SDEC dan Pusat Kajian Tadbir Urus dan Politik (Cent GPS) yang bertujuan memupuk perbincang­an dan kerjasama dalam kalangan pemimpin muda ASEAN dan Timor Leste untuk menangani cabaran kesalinghu­bungan digital.

Bengkel selama tiga hari dari 14 Jun diadakan di sini buat kali pertama dengan penyertaan 100 peserta dari seluruh rantau ASEAN serta penceramah jemputan, pakar dan pihak berkepenti­ngan daripada industri digital.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? UNTUK ALBUM: Dr Hazland (dua kiri) merakam kenangan bersama (dari kiri) Pengerusi SEDC TAN Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani, Michael dan CEO SEDC Sudarnoto Osman selepas sidang media.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi UNTUK ALBUM: Dr Hazland (dua kiri) merakam kenangan bersama (dari kiri) Pengerusi SEDC TAN Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani, Michael dan CEO SEDC Sudarnoto Osman selepas sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia