Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak tuan rumah Hari Muzium Antarabang­sa Peringkat Kebangsaan pada 2023

-

Sarawak akan menjadi tuan rumah untuk kali ketiga Hari Muzium Antarabang­sa Peringkat Kebangsaan pada 2023 yang akan diadakan dalam skala besar, selari dengan negeri kini yang mempunyai muzium baharu iaitu Muzium Budaya Borneo.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sejak dibuka bermula 9 Mac lalu sehingga kelmarin (13 Jun), Muzium Budaya Borneo sudah menjangkau jumlah 250,000 pelawat.

“Malah, Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur Michael Newbill baru-baru ini melawat Muzium Budaya Borneo dan beliau kagum dengan muzium itu, selain menyifatka­nnya sebagai bertaraf antarabang­sa.

“Justeru adalah wajar sekiranya kita mengadakan Hari Muzium Antarabang­sa Peringkat Kebangsaan pada tahun 2023 dengan skala besar, apatah lagi apabila kita tahu bahawa setiap muzium di negeri-negeri lain di Malaysia akan menghantar delegasi yang besar untuk acara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Jabatan Muzium Sarawak ke Hari

Muzium Antarabang­sa 2022 di Bangunan Baitulmalm­ur di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Tazudin Mohtar.

Abdul Karim menambah, Hari Muzium Antarabang­sa Peringkat Kebangsaan di Sarawakpad­atahundepa­njuga merupakan salah satu acara yang boleh dianggap memacu pelanconga­n domestik susulan ia akan menarik pelancong berkunjung ke tempat-tempat menarik di Negeri ini.

“Delegasi muzium dari seluruh negeri di Malaysia ini datang dengan jumlah 30 ke 40 orang sekali gus menjadikan­nya satu acara pelanconga­n yang akan memberi manfaat kepada banyak sektor dalam ekonomi kita termasuk industri perhotelan, makanan dan minuman serta perkhidmat­an,” katanya.

Dalam pada itu Abdul Karim memberitah­u bahawa Sarawak akan menghantar seramai 31 delegasi daripada Jabatan Muzium Sarawak ke Hari Muzium Antarabang­sa Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kota Bahru, Kelantan bermula 16 hingga 25 Jun ini.

Beliau menambah, acara itu akan menampilka­n pelbagai aktiviti dan setiap negeri turut menghantar perwakilan mereka untuk acara tersebut.

“Terdapat banyak aktiviti yang akan diadakan antaranya seminar, penglibata­n komuniti, pameran dan sukan-sukan seperti badminton, bola sepak, sepak takraw, memanah, permainan dart (damak) dan karom,” ujar beliau.

Terdahulu, Sarawak pernah menjadi tuan rumah bagi acara tersebut masingmasi­ng pada 2013 dan 2003.

Tahun ini, Kelantan akan menjadi tuan rumah bagi Hari Muzium Antarabang­sa 2022 Peringkat Kebangsaan dan acara itu akan diadakan secara fizikal buat kali pertama, berbeza dengan tahun lepas yang diadakan secara maya.

Bagi tahun 2022 tema antarabang­sa ialah ‘The Power of Museums’ dan bertujuan membawa perubahan positif kepada komuniti melalui muzium dengan kuasa mencapai kemampanan, kuasa inovasi dalam pendigital­an dan kebolehcap­aian serta kuasa pembinaan komuniti melalui pendidikan.

Chief De Mission Kontinjen Jabatan Muzium Sarawak Rhemy Romeo Jamal menerima penyerahan bendera daripada Abdul Karim pada majlis tersebut.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? WAKILI SARAWAK: Abdul Karim (tiga kanan) menyerahka­n bendera Sarawak kepada Rhemy sambil disaksikan Tazudin.
— Gambar Roystein Emmor WAKILI SARAWAK: Abdul Karim (tiga kanan) menyerahka­n bendera Sarawak kepada Rhemy sambil disaksikan Tazudin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia