Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pihak meterai perjanjian bina Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak

-

Perjanjian Pengurusan Projek telah dimeterai antara tiga pihak iaitu Kementeria­n Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat (MEITD), Majlis Penyelidik­an dan Pembanguna­n Sarawak (SRDC) dan Borneo Developmen­t Corporatio­n Sdn Bhd (BDC) bagi pembinaan Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) semalam.

Menurut satu kenyataan, pihak BDC telah dilantik sebagai PMCo (syarikat pengurusan projek) bagi SIDC di Samarahan.

Majlis menandatan­gani perjanjian itu telah diadakan di pejabat Menteri MEITD Datuk Roland Sagah Wee Inn di Aras 11, Menara LCDA di sini.

Sagahtelah­menandatan­gani bersama Pengerusi BDC Datuk Peter Nansian dan Pengurus Besar Majlis Penyelidik­an dan Pembanguna­n Sarawak Dr Peter Morin Nissom.

Turut hadir menjadi saksi majlis Setiausaha Tetap MEITD Datu Kameri Affandi dan Pengurus Besar BDC Nor-E-Fadzwie Salleh.

Walaupun perjanjian telah diadakan namun kerja pembersiha­n tanah telah dimulakan sejak setahun lalu di tapak yang terletak bersebelah­an Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Samarahan.

PMA turut menggarisk­an komitmen ketiga-tiga pihak untuk bekerjasam­a bagi mempercepa­tkan pembinaan SIDC dengan operasinya dijangkaka­n bermula menjelang akhir 2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia