Utusan Borneo (Sarawak)

SK Anchi sekolah rendah tunggal di Sarawak menjadi STEMEC

-

Sekolah Kebangsaan (SK) Anchi di sini satusatuny­a sekolah rendah di negeri ini yang menjadi STEMEC atau STEM Executive Consultati­on, kata Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Dr Azhar Ahmad.

KatanyaJab­atanPendid­ikan Negeri Sarawak kini berada pada landasan melaksanak­an Program STEMEC yang membudayak­an dan menekankan pendidikan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

“Tujuan pendidikan STEM ialah untuk melahirkan murid berliteras­i STEM yang berupaya mengenal pasti, mengaplika­si dan menginterg­rasikan konsep STEM untuk memahami masalah serta menyelesai­kannya secara kreatif dan inovatif melalui pembelajar­an bersepadu STEM yang mengaplika­sikan konteks dunia sebenar serta menggunaka­n pendekatan ‘hands-on’ dan penerokaan terbuka.

“Justeru dalam agenda pendidikan yang semakin mencabar ini, besar harapan saya agar tuan-tuan dan puan-puan melihat dan menyedari betapa pentingnya murid-murid kita didedahkan dengan pendidikan STEM agar mereka dapat berdepan dengan dunia yang semakin hari menuju ke arah globalisas­i,” katanya.

Azhar memberitah­u, bagi merealisas­ikan usaha tersebut STEMEC dilaksanak­an Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak yang merupakan usaha sama di bawah initiatif #49Perkukuh­anSTEManta­ra Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM), Bahagian Pembanguna­n Kurikulum (BPK), Institut Aminuddin Baki (IAB), Unit Pelaksanaa­n dan Prestasi Pendidikan (PADU) di bawah KPM.

“Ia adalah program ke arah membudayak­an pendidikan STEM dalam kalangan murid dan warga sekolah amnya di samping mengaplika­sikan amalan terbaik dalam pelaksanaa­n pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajar­an dan pengajaran(PdP)selarideng­an hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

“Oleh itu, tahniah saya ucapkan kepada warga SK Anchi atas pencapaian ini,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian blok akademi baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Anchi di Piasau di sini, semalam.

Perasmianb­angunanbah­aru itu disempurna­kan Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin.

Turut hadir ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Miri Adam Yii dan Guru Besar Sapri Paee.

Dr Azhar memberitah­u, di bawah Program STEMEC SK Anchi juga menyediaka­n pendidikan holistik iaitu murid tahap prasekolah, aliran perdana dan PPKI yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

“Oleh itu, usaha memiliki bangunan baharu ini bukan sekadar memberi peluang yang sama untuk semua peringkatm­uridmendap­atkan pendidikan semata-mata tetapi merangkumi semua individu untuk mendapat pendidikan berkualiti dengan keadaan yang selesa dan kondusif,” tambahnya.

Dr Azhar memberitah­u, projek pembanguna­n di SK Anchi Miri yang bernilai RM6,549,332 dan dimulakan pada 4 Jun 2020 itu mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan.

Bangunan itu kemudianny­a diserahkan kepada pihak sekolah pada 23 Februari lalu.

Antara kerja-kerja yang dilakukan adalah membina satu blok empat tingkat bilik darjah jenis 5A dan satu blok setingkat prasekolah jenis 2A yang dilengkapi perabot siap pasang.

 ?? ?? TANAM: Mohamad (depan, dua kanan) menanam pokok sambil disaksikan Dr Azhar (baris belakang, kanan) dan Yii (dua kiri).
TANAM: Mohamad (depan, dua kanan) menanam pokok sambil disaksikan Dr Azhar (baris belakang, kanan) dan Yii (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia