Utusan Borneo (Sarawak)

Dua helikopter TUDM bantu lancarkan misi

Untuk menghantar barang keperluan kepada penduduk Kampung Pangaraan: Arthur

- Oleh Kenneddy Corlleus

NABAWAN:Duahelikop­ter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis EC 725 AP dari No 5 Skuadron telah digerakkan bagi menjayakan misi menghantar barangan keperluan kepada penduduk di Kampung Pangaraan, Mukim Tatalaan, kelmarin.

Barangan keperluan asas termasuk barang dapur basah dan kering yang dianggarka­n seberat 1.35 tan dibawa menggunaka­n dua aset TUDM adalah bagi membantu para penduduk yang terjejas ekoran terputus jalan perhubunga­n akibat musibah banjir.

Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup, yang prihatin terhadap keadaan penduduk turut menyertai misi menghantar bekalan makanan merakamkan penghargaa­n kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammudi­n Tun Hussein kerana telah menyediaka­n perkhidmat­an dua buah helikopter TUDM bagi misi itu.

“Terima kasih kepada Hishammudi­n serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana telah membantu menyediaka­n perkhidmat­an dua buah helikopter TUDM bagi membawa bekalan makanan ke Kampung Pangaraan.

“Antara barangan keperluan asas makanan yang dibawa adalah beras, minyak masak, tepung, gula, susu, ayam, daging, ikan, sardin, biskut, peralatan asas memasak serta pelbagai barangan dapur basah dan kering, dengan berat anggaran 1.35 tan,” katanya, sambil menambah perkhidmat­an itu turut memudahkan beliau turun ke lokasi bagi memantau status pelaksanaa­n kerja-kerja pembaikan jalan di kawasan yang terjejas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melaksanak­an misi menghantar bekalan makanan ke Kampung Pangaraan, Mukim Tatalaan.

Turut menyertai misi, Pegawai Daerah Nabawan, Peter Jonu Moinjil; Panglima Wilayah Udara 2, Mejar

Jeneral Dato’ Hj Shamsudin Kassim TUDM dan AKS A1, Lt Kol Mohd Irwan Asmail TUDM.

Dalam perkembang­an berkaitan, Arthur yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya memberitah­u jalan darat ke Kampung Pangaraan, Mukim Tatalaan sepanjang 45 kilometer (km) yang terputus akibat banjir hampir siap dibaiki dan boleh dilalui oleh kenderaan mulai semalam.

Mengulas lanjut, Arthur berkata kerja-kerja kecemasan telah giat dijalankan sejak beberapa minggu lepas dan kini kenderaan dari Keningau boleh menggunaka­n jalan tersebut.

Namun katanya, kerjakerja pembinaan semula lima jambatan yang hanyut ketika banjir teruk sebelum ini mengambil sedikit masa lagi.

Jelas beliau, sebagai kerajaan yang prihatin, agensi kerajaan yang terlibat akan memastikan kerja-kerja pembaikan dilaksanak­an dengan secepat mungkin demi perhubunga­n dan keselesaan penduduk kampung di sana.

Dalam pada itu Ketua Kampung Pangaraan, Lindang Lambang ketika ditemui turut merakamkan penghargaa­n kepada Arthur serta TUDM atas usaha yang diambil bagi membantu para penduduk di kampung itu yang terjejas akibat daripada terputus jalan perhubunga­n.

Sambil menghargai bantuan yang diberikan itu, beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan atas tindakan pantas membaiki jalan darat di kampung itu yang mana ia kini boleh digunakan semula mulai semalam.

 ?? ?? BANTU: Arthur (berdiri, tiga kiri) membantu proses memunggah barangan keperluan dari helikopter dalam misi tersebut.
BANTU: Arthur (berdiri, tiga kiri) membantu proses memunggah barangan keperluan dari helikopter dalam misi tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia