Utusan Borneo (Sarawak)

15 usahawan belia sertai kursus e-pelanconga­n

-

Seramai 15 usahawan belia menyertai Kursus e-Pelanconga­n sempena Program Peningkata­n Upaya Untuk Pelanconga­n Lestari Komuniti Kawasan Inanam 2022.

Kursus anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah itu bertujuan membantu komuniti mengenal pasti produk pelanconga­n yang boleh dijadikan pakej promosi dan dipasarkan secara digital.

Di samping itu, penganjura­nnya juga untuk menambah keupayaan industri pelanconga­n berasaskan komuniti yang dilihat mampu meningkatk­an taraf ekonomi penduduk setempat selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Bengkel siri ketiga tersebut disertai peserta dari sekitar kawasan Inanam seperti Kg Kokol, Kg Bongkud dan Homestay Id Kalangadan.

Manakala penceramah terdiri daripada Pengarah Jabatan Pembanguna­n Pelanconga­n, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (BKK), Fauziahton Ag. Samad, Pensyarah Kanan (Pemasaran), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Sabah, Dr. Cynthia Dawayan dan Franklin Hazley Lai. — Penerangan

 ?? ?? KENANGAN: Franklin (duduk, dua kiri) dan Cynthia (duduk, tiga kanan) merakam gambar kenangan bersama para peserta.
KENANGAN: Franklin (duduk, dua kiri) dan Cynthia (duduk, tiga kanan) merakam gambar kenangan bersama para peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia