Utusan Borneo (Sarawak)

Pertimbang­an konsep diyat akan dibincang lebih mendalam

-

Pertimbang­an menggunaka­n konsep diyat (pampasan kepada keluarga mangsa yang terkesan dengan tindakan penjenayah) sebagai hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori akan dibincangk­an secara lebih mendalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Beliau berkata perkara itu termasuk jika ada keperluan untuk menubuhkan jawatankua­sa khas, akan diuruskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang difahamkan akan turut mendapatka­n pandangan pihak berkaitan dalam isu berkenaan. “Konsep diyat sudah berada dalam kitab fikah terutamany­a yang melibatkan hukuman qisas (hukuman yang dikenakan hukuman balas)...seperti dikatakan ada seorang A yang membunuh B. Dia diberikan tiga pilihan iaitu pertama hukuman bunuh, kedua membayar diyat dan ketiga dimaafkan.

“Bagaimanap­un perkara ini masih lagi dalam proses dan akan diuruskan oleh bahagian undang-undang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Multaqa Murabbi Ummah (MMU) Peringkat Negeri Pahang di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary dan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Datuk Dr Zulkifle Ali.

Kelmarin, Wan Junaidi menerusi sidang media khas memaklumka­n konsep diyat antara pertimbang­an sebagai hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori, namun perkara itu memerlukan sesi libat urus dengan pihak berkaitan seperti ilmuan syariah.

Sementara itu, Idris berkata kerajaan Persekutua­n secara keseluruha­nnya menyalurka­n peruntukan kewangan sebanyak RM60.44 juta kepada imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Pahang pada tahun ini.

Beliau memaklumka­n rancangan menyerap guru KAFA kepada jawatan tetap masih diteruskan dengan jawatankua­sa dipengerus­ikan beliau sendiri telah bertemu dengan pihak berkaitan seperti Kementeria­n Kewangan dan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) kerana ia melibatkan prosedur tertentu sebelum boleh dilaksanak­an. Ditanya mengenai drama atau animasi yang semakin mempunyai unsur kurang manis dan kebaratan kebelakang­an ini, Idris manasihatk­an penggiat seni untuk menggunaka­n kebolehan yang dianugerah­kan kepada mereka dengan menghasilk­an program yang tidak bertentang­an agama dan nilai budaya masyarakat.

“Gunakan anugerah yang diberikans­ebagaiperk­arabermanf­aat kepada orang ramai dan mesej yang disampaika­n boleh mendidik masyarakat. Saya hormat orang seni yang menggunaka­n anugerah ini untuk perkara yang membawa kebaikan yang boleh menjadi amal jariah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia