Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 1,000 hadir ke majlis rumah terbuka Hari Raya

-

Rumah Terbuka Hari Raya peringkat jabatan, agensi kerajaan kerajaan negeri dan badan bukan kerajaan (NGO) mendapat sambutan menggalakk­an apabila lebih 1,000 tetamu hadir ke majlis tersebut.

Majlis diadakan di Dewan Masyarakat Ranau bermula seawal 11 pagi dan berakhir jam 2.30 petang kelmarin.

Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur, Jumain Abdul Ghani dalam ucapan aluannya merakam penghargaa­n dan terima kasih kepada semua jabatan kerajaan negeri serta agensi kerana bekerjasam­a menjayakan program julung kali itu.

Menurutnya, dengan adanya kerjasama dan penglibata­n daripada 25 jabatan kerajaan negeri serta agensi di daerah Ranau, sekali gus membolehka­n program itu berjaya dilaksanak­an.

“Program seumpama ini diharap mampu memupuk silaturrah­im, perpaduan, keharmonia­n sedia terjalin dalam kalangan kakitangan jabatan kerajaan negeri dan persekutua­n serta orang ramai tanpa membezakan kaum, agama atau faham politik,” katanya.

Beliau juga mencadangk­an majlis seumpama itu akan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan melibatkan lebih ramai agensi dan NGO.

Majlis berkenaan bertambah meriah dengan kehadiran Timbalan Menteri Dalam Negeri II merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin bersama rombongan yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

Dalam majlis yang sama, anugerah pakaian terbaik kategori perempuan dimenangi Mariam Paladi dari KEMAS Ranau, manakala kategori lelaki dimenangi Rusdi Abd. Kadir dari JHAEINS Ranau.

 ?? ?? RAIKAN: Tetamu yang menyambut ulang tahun kelahiran pada Jun diraikan dalam satu acara memotong kek, disempurna­kan oleh Jonathan dan Jumain sertat tetamu kehormat lain.
RAIKAN: Tetamu yang menyambut ulang tahun kelahiran pada Jun diraikan dalam satu acara memotong kek, disempurna­kan oleh Jonathan dan Jumain sertat tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia