Utusan Borneo (Sarawak)

Agong zahir takziah atas pemergian tokoh pendidikan negara, Tun Arshad Ayub

-

Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah menzahirka­n ucapan takziah atas pemergiaan tokoh pendidikan negara Tun Arshad Ayub, 93, yang menghembus­kan nafas terakhir awal pagi semalam.

Al-Sultan Abdullah yang menzahirka­n rasa dukacita baginda bertitah, Allahyarha­m adalah seorang tokoh dan negarawan yang bertanggun­gjawab sebagai arkitek penubuhan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang kini terkenal di seluruh negara sebagai gedung modal insan peribumi yang teragung di Malaysia.

“Kehilangan beliau sangat dirasai oleh negara dan khususnya UiTM. Semoga segala jasa dan pengorbana­n beliau dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda dari Allah. Semoga roh beliau ditempatka­n di kalangan para solihin,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah yang merupakan Canselor UiTM bertitah demikian di Istiadat Konvokesye­n UiTM Ke-93 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, di sini semalam.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Allahyarha­m sebelum ini dilapor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak Selasa lepas kerana masalah kesihatan, sebelum menghembus­kan nafas terakhirny­a pada jam 2.06 pagi semalam.

Arshad merupakan pengarah pertama Institut Teknologi MARA (ITM) sejak tahun 1967 sehingga 1975, yang kini dikenali sebagai UiTM.

Allahyarha­m meninggalk­an seorang isteri Toh Puan Zaleha Mohd Arshad dan tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan dua perempuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia