Utusan Borneo (Sarawak)

Tokoh pendidikan, pengarah pertama ITM Tun Arshad meninggal dunia

-

Tokoh pendidikan negara Tun Arshad Ayub meninggal dunia pada jam 2.06 pagi semalam. Mengesahka­n berita pemergian itu, keluarga Allahyarha­m menerusi satu kenyataan berkata jenazah Allahyarha­m ketika ini masih lagi berada di hospital.

Allahyarha­m sebelum ini dilapor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak Selasa lepas kerana masalah kesihatan.

Arshad, 93, merupakan pengarah pertama Institut Teknologi MARA (ITM) sejak tahun 1967 sehingga 1975 yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sepanjang hayatnya, Allahyarha­m menabur bakti di UiTM dan dilantik sebagai Pro-Canselor selain pernah dipinjamka­n sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia dan memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Anak kelahiran Muar, Johor itu juga pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementeria­n Perusahaan Utama, Kementeria­n Pertanian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia