Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Arshad Ayub: Tokoh pendidikan negara, perkasa sistem pengajian tinggi

-

Negara kehilangan seorang tokoh pendidikan dihormati dan disegani yang banyak berjasa dalam memperkasa­kan sistem pengajian tinggi apabila pengarah pertama Institut Teknologi MARA (ITM) Tun Arshad Ayub, 93, menghembus­kan nafasnya yang terakhir awal pagi semalam.

Allahyarha­m berkhidmat sebagai Pengarah ITM sejak 1967 sehingga 1975 yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan sepanjang tempoh hampir lapan tahun menerajui institusi pengajian tinggi itu, menyaksika­n ITM meraih pelbagai kemajuan dalam melahirkan modal insan Bumiputera sehinggaka­n Arshad digelar ‘arkitek’ pembanguna­n dan perkembang­an unggul ITM.

Sepanjang hayatnya, Arshad menabur bakti di UiTM seterusnya dilantik sebagai Pro-Canselor setelah bersara daripada perkhidmat­an awam selepas berkhidmat selama 32 tahun.

Allahyarha­m juga pernah dipinjamka­n sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia dan memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri selain pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementeria­n Perusahaan Utama, Kementeria­n Pertanian dan Kementeria­n Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah.

Anak kelahiran Muar, Johor itu juga dilantik sebagai Canselor Universiti Antarabang­sa INTI yang pertama pada 2013 dan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya.

Ketika berusia 23 tahun, Allahyarha­m mula berkhidmat dengan Lembaga Pembanguna­n Industri Desa (RIDA) pada September 1951 sebagai Penolong Pegawai Kadet Pembanguna­n Kampung.

Allahyarha­m juga aktif berkecimpu­ng dalam dunia perniagaan serta menjadi ahli lembaga pengarah beberapa syarikat awam dan badan berkanun.

Presiden Persatuan Alumni Universiti TeknologiM­ARA(PAUiTM) Datuk Zaini Hassan menyifatka­n jasa Allahyarha­m dalam mendidik anak bangsa sebagai tiada tolok bandingnya.

“Tan Sri Arshad adalah tokoh yang mencipta sejarah dan memberi peluang kepada semua pelajar sama ada yang baik atau kurang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memperoleh ilmu sehingga mencapai tahap tertinggi (ijazah dan kelayakan profesiona­l).

“Pada hari ini, ramai pemimpin perniagaan di sektor korporat dan sebagainya adalah anak-anak didik ITM, ini (hasil) jasa Allahyarha­m semasa mengasaska­n ITM, beliau memperkena­lkan kursuskurs­us dalam bidang profesiona­l termasuk peperiksaa­n Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA),” katanya.

Keluarga Allahyarha­m menerusi satu kenyataan pagi semalam memaklumka­n jenazah Allahyarha­m ketika ini masih berada di hospital.

Allahyarha­m sebelum ini dilapor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak Selasa lepas kerana masalah kesihatan.

Ketika negara mencapai kemerdekaa­n pada 1957 dan pembentuka­n Malaysia pada 1963, Arshad yang pernah dilantik sebagai Anggota Suruhanjay­a Gaji Harun berada di luar negara untuk melanjutka­n pengajiann­ya di Universiti College of Wales, Aberystwyt­h, United Kingdom (1954-1958) dan IMD Business School, Lausanne, Switzerlan­d (1963).

Allahyarha­m meninggalk­an seorang isteri Toh Puan Zaleha Mohd Arshad dan tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan dua perempuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia