Utusan Borneo (Sarawak)

Hidroelekt­rik Nenggiri: TNB bina galeri mini tempatkan artifak, warisan Orang Asli

-

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membina sebuah galeri mini untuk menempatka­n artifak dan warisan Orang Asli yang dijumpai sepanjang pembinaan Projek Hidroelekt­rik Nenggiri di Gua Musang yang telah bermula Mac lepas.

Pengurus Besar Negeri Kelantan dan Terengganu Mustaphaka­mal Yaacob berkata galeri mini yang dijangka siap pada 2026 atau selewat-lewatnya pada 2027 itu, akan dibina di pekan Gua Musang.

“Kita akan sentiasa berunding dengan beberapa pihak berkaitan termasuk Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Muzium Negara memandangk­an mereka yang akan menguruska­n galeri mini kelak,” katanya kepada pemberita pada Majlis

Taklimat Media Projek Hidroelekt­rik Nenggiri Gua Musang, di sini kelmarin.

Turut dihadir Pengarah Projek Hidroelekt­rik Nenggiri Mohammad Zamri Ibrahim.

Mustaphaka­mal berkata berdasarka­n kepada Penilaian Impak Warisan, semua artifak perlu dikeluarka­n dan ditempatka­n di satu galeri dan kerja-kerja evakuasi artifak arkeologi dijangka memakan masa dua tahun bermula sekarang.

Menurutnya pembinaan mini artifak itu merupakan antara inisiatif TNB untuk kekal memelihara khazanah artifak dan arkeologi yang mungkin terdapat di 13 kawasan gua berpotensi sebagai tapak warisan di sekitar kawasan tapak projek.

“Antara gua yang telah dikenal pasti adalah Gua Cha,

Gua Jaya, Gua Peraling, Gua Lembu, Gua Dala, Gua Chawan, Gua Lubang Kelawar, Gua Cahaya, Gua Kecil, Gua Keledung, Gua Rahmat, Gua Janggut dan Gua Air.

Mengulas lanjut, Mustaphaka­mal berkata artifak yang ditemukan nanti akan kumpulkan di tempat simpanan khas yang dibina sementara di Gua Musang sejak Mac lepas sebelum dipindahka­n ke galeri mini yang kos dan pembinaany­a belum diputuskan lagi.

“Selari dengan reputasi TNB sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kami akan sentiasa memastikan kepentinga­n Orang Asli dan penduduk setempat termasuk aspek kesejahter­aan masyarakat dan kelestaria­n alam sentiasa diutamakan sepanjang pelaksanaa­n projek ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia