Utusan Borneo (Sarawak)

Empangan Nenggiri: Tiada sebab untuk tamatkan projek

-

Pembinaan empangan hidroelekt­rik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan, berteraska­n tiga matlamat utama iaitu sebagai penjanaan elektrik, tebatan banjir serta sumber air bersih selain bagi tujuan ekopelanco­ngan.

MenteriTen­agadanSumb­er Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassanberk­atapembina­annya turut mendapat sokongan lebih 80 peratus responden berdasarka­n beberapa kajian yang dibuat, dan ketika ini tidak ada sebab untuk kerajaan menghentik­an pembinaann­ya.

Katanya kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), Penilaian Impak Warisan (HIA) dan Penilaian Impak Sosial (SIA) telah dijalankan untuk projek empangan itu, selain Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) turut dilibatkan sebagai ‘orang tengah’ antara masyarakat Orang Asli di kawasan terlibat dengan kerajaan dan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Beliau berkata masyarakat Orang Asli di tiga perkampung­an terlibat juga telah diberikan penempatan dengan pembiayaan kerajaan dan TNB.

“Bukan sahaja diberi rumah, malah kebun dan segala kemudahan sosial juga disediakan. Semua telah diperuntuk­kan,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan beberapa pihak tertentu baru-baru ini yang mendakwa pembinaan empangan itu akan menjejaska­n kehidupan Orang Asli di kawasan berkenaan selain menggesa kerajaan membatalka­n projek itu.

Takiyuddin sebelum ini dilaporkan berkata projek bernilai RM5 bilion itu dijangka mula menjana elektrik pada pertengaha­n 2027 dan bakal meningkatk­an kapasiti elektrik Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Semenanjun­g Malaysia.

Beliau berkata projek itu berperanan sebagai penggerak utama peralihan industri tenaga negara dan mengukuhka­n usaha memastikan bekalan elektrik yang stabil dan berdaya harap untuk rakyat dan negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia