Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih setengah juta penduduk terjejas hujan lebat di Guatemala

-

Sekurang-kurangnya 15 maut dalam 12 gelongsora­n lumpur yang berpunca daripada hujan lebat sejak awal Mei di Guatemala, di mana lebih 500,000 orang telah terjejas setakat ini, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Antara yang terbunuh ialah seorang wanita dan enam anaknya, termasuk tiga beradik yang kesemuanya masih di bawah umur, dari dua kampung asli, kata pihak pejabat Penyelaras­an Penguranga­n Bencana Alam (CONRED).

Hujan yang disertai dengan angin kuat menyebabka­n tanah runtuh, banjir dan beberapa infrastruk­tur roboh di sekitar wilayah luas di negara Amerika Tengah ini.

CONRED menyatakan 930 rumah mengalami kerosakan serta lapan sekolah, tujuh jambatan dan lebih 80 jalan raya.

Wilayah-wilayah yang paling terjejas kebanyakan­nya didiami penduduk peribumi yang mana komunitiny­a paling terdedah kepada bencana alam.

Hampir 60 peratus daripada 17 juta orang di Guatemala hidup di bawah garis kemiskinan.

Pada tahun lepas hujan telah menyebabka­n kematian 35 orang dan menjejaska­n hampir 10 peratus rakyat Guatemala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia