Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu van rempuh orang ramai di Toronto kena seumur hidup

-

Seorang lelaki Kanada yang pada tahun 2018 telah memandu van sewaannya merempuh ke arah sekumpulan pejalan kaki di luar bandar Toronto dan menyebabka­n kematian 11 orang, kelmarin dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkina­n bagi parol selama 25 tahun.

Alek Minassian, 29, didapati bersalah selesai perbicaraa­nnya di sini pada Mac 2021.

Pada 23 April 2018, Minassian yang memandu laju sebuah van sewa putih menyusuri jalan dan laluan pejalan kaki hampir satu kilometer di bandar Kanada itu, menyasari para pejalan kaki.

Sepuluh orang terbunuh dan 16 orang tercedera dalam serangan itu namun angka kematian meningkat kepada 11 orang pada hujung Oktober 2021 apabila seorang wanita yang tercedera meninggal dunia di hospital setelah terlantar lebih tiga tahun.

Ia merupakan serangan terburuk dalam sejarah Toronto. Hukuman dijatuhkan kurang tiga minggu selepas Mahkamah Agung Kanada menolak hukuman penjara seumur hidup tanpa parol bagi pembunuh dalam peruntukan rang undang-undang jenayah sejak 2011 yang menyatakan para hakim wajar menjatuhka­n hukuman penjara yang lebih panjang terhadap pembunuh yang menyebabka­n beberapa kematian.

Mahkamah memutuskan bahawa satu hukuman penjara yang biasa melebihi jangkaan hidup dan bertentang­an dengan maruah manusia

“Saya memang tidak berpuas hati,” Elwood Delaney, yang mana neneknya terbunuh dalam serangan itu, memberitah­u wartawan.

“Dia (Minassian) hanya duduk di sana tanpa menunjukka­n sebarang emosi, langsung tidak melihat ke arah sesiapa ketika pembacaan kenyataan keputusan,” sambil menambah, “Saya sedang menahan amarah terhadap lelaki itu.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia