Utusan Borneo (Sarawak)

50 maut dalam serangan militan di Burkina Faso

-

Sekurang-kurangnya 50 orang awam maut dalam serangan militan yang disyaki di sebuah kampung di utara Burkina Faso, jurucakap kerajaan Lionel Bilgo menyatakan kelmarin.

“Pihak tentera setakat ini menemui 50 mayat selepas kampung Seytenga diserang semalaman pada Sabtu lepas,” kata Bilgo, sambil menambah bahawa angka itu mungkin bertambah.

Seytenga menyaksika­n pertempura­n berdarah pada minggu lepas.

Sebelas askar sukarela terkorban pada Khamis, mencetuska­n operasi ketenteraa­n yang menurut pihak tentera membawa kepada kematian kira-kira 40 militan.

“Pertumpaha­n darah berpunca daripada serangan balas terhadap tindakan ketenteraa­n itu,’ kata Bilgo.

“Negara telah diserang namun pihak tentera telah melakukan tugasnya.”

Negara Sagel yang kekurangan tanah di Sahel dalam genggaman keganasan militan sejak tujuh tahun lalu yang telah meragut lebih 2,000 nyawa dan memaksa kira-kira 1.9 juta orang meninggalk­an rumah mereka.

Serangan tertumpu di bahagian utara dan timur negara.

Serbuan terbaharu antara yang terburuk sejak rampasan kuasa tentera pada Januari, ketika pihak kolonel berang dengan kegagalan kerajaan dalam usaha membantera­s keganasan telah mengguling­kan presiden yang dilantik Roch Marc Christian Kabore.

Selepas keadaan mulai reda, serangan diteruskan dan menyebabka­n ratusan kematian di pihak orang awam dan tentera sepanjang tempoh tiga bulan lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia