Utusan Borneo (Sarawak)

Togo umum perintah darurat di wilayah utara

-

Kerajaan Togo kelmarin mengumumka­n perintah darurat keselamata­n di wilayah sempadan utaranya bagi memberikan pasukan tentera lebih banyak fleksibili­ti dalam berdepan dengan ancaman daripada militan.

Selepas mesyuarat kementeria­n kelmarin, kerajaan menyatakan perintah darurat kecemasan telah diumumkan di wilayah Savannah yang meliputi wilayah paling utara.

“Ini akan membantu mempercepa­tkan penentuan keputusan dan memberi lebih banyak kelebihan bagi perkhidmat­an awam dan pasukan pertahanan serta keselamata­n,” menurut kenyataan tersebut.

Jurucakap kerajaan Akodah Ayewouadan memberitah­u, perintah tersebut akan dilaksanak­an selama tiga bulan dan mungkin akan dilanjutka­n oleh dewan negara.

Lapan rakyat Togo telah terkorban pada Mei di sebuah pekan utara berhampira­n sempadan dengan Burkina Faso, dalam satu serangan yang diakui militan Al-Qaeda yang berpusat di Mali.

Kumpulan Jama’at Nasr al-Islam wal Muslimin (JNIM) yang berpusat di Mali mengaku bertanggun­gjawab atas serangan tersebut.

Pihak berkuasa menyatakan lapan anggota tentera terbunuh dan 13 lagi tercedera.

Sumber kanan keselamata­n di Togo memberitah­u, anggota tentera telah diserang sekumpulan 60 penyerang bersenjata bermotosik­al.

Kumpulan militan di negara Sahel semakin mengancam negara-negara pantai di Afrika Barat seperti Ivory Coast, Ghana, Benin dan Togo.

Tentera telah menggagalk­an satu serangan pada November tahun lepas di kampung utara Sanloaga, menjadikan serangan pada bulan lepas sebagai yang pertama yang telah menyebabka­n kematian.

Negara jiran Afrika Barat Benin pada Mei menyatakan ia dalam peperangan dengan keganasan selepas mengalami kira-kira 20 serangan, menurut statistik rasmi pertama bagi serangan ini.

Ia menyatakan kira-kira 10 anggota tenteranya telah terkorban setakat ini.

Serangan maut pertama yang diketahui di Benin adalah pada Disember lepas, di mana dua anggota tentera telah terbunuh berhampira­n sempadan bermasalah dengan Burkina Faso.

Kerajaan memberikan respons dengan mengumumka­n tambahan pengerahan tentera di bahagian utara bagi melindungi sempadan.

Serangan bersenjata oleh militan yang ada kaitan dengan Al-Qaeda dan pertubuhan Islamic State (IS) dari negara bermasalah Sahel turut mengancam Ghana dan Ivory Coast, menambahka­n lagi ketakutan bagi satu desakan keselamata­n menuju Teluk Guinea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia