Utusan Borneo (Sarawak)

Pesara wanita kerugian RM220,500 terperdaya ‘Love Scam’: Polis

-

Seorang pesara mengalami kerugian berjumlah RM220,500 selepas dipercayai terpedaya dengan sindiket ‘Love Scam’ pada November tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah Supt Elias Omar berkata ia bermula apabila wanita berumur 60 tahun dari Pendang itu berkenalan dengan suspek menerusi Facebook yang kemudian memperkena­lkan dirinya sebagai ‘Amran Mohammad Ali’.

“Mangsa yang telah kematian suami sejak 2008 kemudian berhubung dengan suspek yang memaklumka­n bahawa dia bekerja sebagai seorang doktor di Syria, menggunaka­n aplikasi WhatsApp.

“Suspek telah meminta bantuan daripada mangsa untuk memasukkan beberapa transaksi wang ke dalam akaun suspek bagi membantuny­a kerana sering berada dalam kesusahan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Elias berkata mangsa yang mempercaya­i suspek, telah membuat kemasukan wang secara berperingk­at melalui mesin juruwang automatik (ATM) ke dalam tujuh akaun bank berbeza yang diberikan suspek.

“Mangsa telah membuat 51 transaksi berjumlah RM220,500 ke dalam kesemua akaun yang diberikan bermula Disember 2021 hingga Mei lepas dan duit berkenaan adalah daripada simpananny­a sendiri. Mangsa sedar dirinya ditipu dan telah membuat laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis juga menasihatk­an orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan dan membuat semakan nombor telefon atau nombor akaun bank menerusi laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMPAS: Mohd Nor (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n sebahagian pelbagai jenis rokok tidak bercukai bernilai RM277,000 yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah dekat Kampung Telok Kitang, Pengkalan Chepa pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, dekat Kota Bharu semalam.
— Gambar Bernama RAMPAS: Mohd Nor (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n sebahagian pelbagai jenis rokok tidak bercukai bernilai RM277,000 yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah dekat Kampung Telok Kitang, Pengkalan Chepa pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, dekat Kota Bharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia