Utusan Borneo (Sarawak)

Kes tipu di Pahang meningkat, libat kerugian lebih RM15 juta

-

Kes tipu merupakan penyumbang utama dalam peningkata­n kes komersial di Pahang bagi tempoh Januari hingga Mei lepas, dengan 801 kertas siasatan dibuka melibatkan kerugian sebanyak RM15.06 juta.

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata jumlah itu meningkat daripada 623 kes dengan kerugian lebih RM12 juta bagi tempoh sama tahun lepas, menunjukka­n kes jenayah komersial di negeri ini membimbang­kan.

Secara keseluruha­n, untuk tahun ini Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang menerima 843 kes setakat Mei lepas.

Selain itu, Ramli berkata statistik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang menunjukka­n penurunan sebanyak 160 kes bagi tempoh sama iaitu 775 kes berbanding 935 kes pada tahun lepas.

“Nilai rampasan dadah setakat ini menunjukka­n peningkata­n iaitu dianggarka­n bernilai RM793,925 jika dibandingk­an dengan RM597,921 bagi lima bulan pertama tahun lepas,” katanya pada Perhimpuna­n Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini semalam.

Berdasarka­n statistik itu, Ramli berkata lebih banyak operasi perlu dilakukan untuk mengurangk­an dan membantera­s jenayah narkotik di Pahang.

Pada ucapannya, Ramli juga mengingatk­an kepentinga­n mengamalka­n elemen integriti bagi memastikan perkhidmat­an lebih profesiona­l, beramanah, bertanggun­gjawab dan berkualiti tinggi diberikan oleh warga polis Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia