Utusan Borneo (Sarawak)

Pengarah APM Melaka meninggal dunia selepas rebah di pejabat

-

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra meninggal dunia di Hospital Melaka di sini semalam.

APM Melaka dalam kenyataan memaklumka­n Cuthbert John Martin, 47, menghembus­kan nafas terakhir di jabatan kecemasan hospital berkenaan kira-kira 10 pagi tadi.

Mendiang yang berasal dari Keningau, Sabah dilaporkan rebah secara tiba-tiba di pejabatnya di Ayer Keroh di sini sebelum disahkan meninggal dunia di hospital itu.

Beliau pernah berkhidmat di APM Pulau Pinang sebelum dilantik sebagai Pengarah APM Melaka berkuat kuasa 1 Jan 2021.

Menurut kenyataan itu, bedah siasat ke atas mendiang akan dijalankan di hospital tersebut sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Keningau untuk disemadika­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia