Utusan Borneo (Sarawak)

Johor kaji semula pelaksanaa­n cuti hujung minggu, kata Onn Hafiz

-

Kerajaan negeri akan mengkaji semula pelaksanaa­n cuti hujung minggu yang ditetapkan sebelum ini pada hari Jumaat dan Sabtu.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan setelah pihaknya mendapat kaedah yang tuntas.

“(Kita) mendengar keluhan rakyat mengenai cuti hujung minggu yang berbeza untuk pihak kerajaan dan pihak swasta, (oleh itu) kerajaan negeri akan mengkaji semula perkara ini agar ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama.

“Perkara ini akan saya umumkan kelak setelah mendapat kaedah paling tuntas untuk menyelesai­kannya,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada (PERSADA) di sini semalam.

Majlis amanat itu yang dihadiri lebih 1,600 penjawat awam negeri dan Persekutua­n itu, turut disiarkan secara langsung di Facebook rasmi beliau.

Cuti minggu negeri Johor berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 susulan titah Sultan

Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menitahkan pertukaran cuti itu kepada hari Jumaat dan Sabtu.

Sementara itu Onn Hafiz dalam amanatnya turut memberikan penekanan mengenai aspek keselamata­n bagi memastikan Johor sentiasa selamat untuk didiami dan dikunjungi serta akan meningkatk­an kawalan keselamata­n dengan menyediaka­n Van Polis Bergerak dan Two Wheels Balancing Scooter, terutamany­a di kawasan- kawasan tumpuan pelancong.

Katanya semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan memperkuku­hkan Program

Bandar Selamat dengan menambah bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di pusat bandar dan tempattemp­at tumpuan pelancong, serta menambah baik sistem pencahayaa­n di kawasan-kawasan ‘panas’ jenayah kerap berlaku, premis-premis perniagaan dan kawasan rekreasi.

Beliau berkata Skim Rondaan Sukarela (SRS) juga akan diperkasa dan peruntukan akan disediakan bagi latihan serta perolehan peralatan asas rondaan kepada 450 SRS aktif di seluruh Johor, untuk tempoh lima tahun akan datang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Onn Hafiz (empat kanan) bergambar bersama kakitangan kerajaan pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada Johor semalam. Turut hadir ialah Dr Azmi.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Onn Hafiz (empat kanan) bergambar bersama kakitangan kerajaan pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada Johor semalam. Turut hadir ialah Dr Azmi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia