Utusan Borneo (Sarawak)

Haji: Inisiatif ibu bapa daftar awal beri peluang anak muda ke Tanah Suci

-

Inisiatif ibu bapa membuat pendaftara­n haji sejak anak-anak masih kecil memberi kelebihan kepada anak muda menjejakka­n kaki ke Tanah Suci.

Menerusi tinjauan Bernama, terdapat beberapa anak muda yang berjaya memperoleh tawaran sedemikian dan ada di antara mereka yang hadir secara berseorang­an, bersama adik-beradik mahupun ibu bapa.

Seorang jemaah, Hajullah Putra Md Taib, 24, yang merupakan pelajar tahun akhir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata tawaran kali pertama diterima pada hujung 2019, tetapi ia terpaksa ditangguhk­an ekoran wabak COVID-19.

Kali ini beliau bukan sahaja menerima semula tawaran tetapi turut bernasib baik apabila tersenarai sebagai jemaah KT01 yang merupakan penerbanga­n pertama pada 4 Jun lepas.

Menurut beliau, ibunya Aeshah A. Hamid menjadi insan penting dalam memastikan dirinya didaftarka­n haji sejak dari usia enam bulan iaitu pada 1998 dan ibunya juga telah berpeluang menjejakka­n kaki ke Tanah Suci pada 2006.

“Semasa 2006 dan 2014 saya pernah mengerjaka­n umrah. Tetapi masa itu masih kecil dan remaja. Selepas 2014 saya mula ada rasa keinginan untuk mengerjaka­n haji... rasa rindu.

“Memang tak terjangka... sebenarnya saya tak kisah bila tarikh penerbanga­n, cuma berharap boleh datang ke Makkah sahaja tetapi ditakdirka­n disenarai awal, dengan sambutan luar jangka bersama pelbagai cenderamat­a sampai tak cukup tangan nak pegang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia