Utusan Borneo (Sarawak)

MCMC diarah laksana pemetaan, ukur tahap kelajuan Internet

Masih ramai rakyat mengeluh dengan mutu perkhidmat­an telco

-

PUTRAJAYA:Kementeria­n Komunikasi­danMultime­dia (K-KOMM) mengarahka­n Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk melaksanak­an pemetaan di seluruh negara, bagi mengukur tahap sebenar kelajuan Internet dan membanding­kannya dengan laporan oleh syarikat telekomuni­kasi.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata masih ramai rakyat terutama di kawasan luar bandar, yang mengeluh dengan mutu perkhidmat­an yang disediakan oleh syarikat-syarikat telekomuni­kasi pada masa ini.

“Saya nak MCMC buat pemetaan, buat audit prestasi tahap pencapaian dan bandingkan dengan apa yang telco dah buat,” katanya semasa berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Tahun 2021 K-KOMM di sini semalam.

Annuar berkata MCMC perlu menggunaka­n undangunda­ng yang ada dalam akta, berkaitan terhadap pihak telco yang didapati tidak mencapai tahap sepatutnya dan mengeluark­an arahan bagi mewajibkan mereka memperbaik­i mutu perkhidmat­an.

Beliau berkata agensiagen­si di bawah K-KOMM terutamany­a MCMC juga, perlu mengambil pendekatan baharu dan lebih agresif dalam menyelesai­kan masalah yang dihadapi rakyat.

“Dalam negara kita, (soal) perkhidmat­an kita beri pada syarikat, kerajaan keluarkan lesen. Kalau syarikat itu kata tidak boleh buat, saya tengok tiap-tiap tahun umum keuntungan, jadi untung datang dari mana? Mestilah untung datang dari pengguna-pengguna perkhidmat­an mereka.

“Saya bukan antikeuntu­ngan, tak apalah untung tapi tolonglah labur balik dan baiki masalah rakyat di kampung yang panjat pokok, panjat gunung (nak dapatkan capaian Internet). Sampai bila masalah ini kita nak dengar?” katanya.

Bercakap kepada media usai majlis, Annuar berkata

“Saya nak MCMC buat pemetaan, buat audit prestasi tahap pencapaian dan bandingkan dengan apa yang telco dah ” buat. Tan Sri Annuar Musa Menteri K-KOMM

pihaknya mendapat banyak maklum balas daripada rakyat tentang mutu capaian Internet dan perkhidmat­an jalur lebar mudah alih yang tidak seragam, dengan ada kawasan kelajuan Internetny­a rendah, manakala sesetengah kawasan pula hanya ada perkhidmat­an dari syarikat telekomuni­kasi tertentu.

Sehubungan itu, beliau menggesa syarikat-syarikat telekomuni­kasi untuk melabur semula dari keuntungan yang diterima, dalam usaha membantu kerajaan menyelesai­kan masalah ketersambu­ngan yang dihadapi rakyat.

“Kita juga tahu di peringkat penyedia perkhidmat­an, mereka bertindak sebahagian besar berasaskan kepada keperluan komersil sebab mereka itu badan perniagaan, jadi antara elemen kepentinga­n orang ramai dan pertimbang­an berasaskan perniagaan itu, ada kelomponga­nnya yang menjadi tanggungja­wab kerajaan dan MCMC untuk memastikan jurang itu tidak terlalu meluas.

“Sekarang pun mereka memang dah melabur, tapi saya minta ditingkatk­an supaya mereka dapat bersama-sama membantu kerajaan menyelesai­kan masalah rakyat,” katanya.

Annuar berkata selain pembinaan menara telekomuni­kasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), syarikat telekomuni­kasi digalakkan untuk melabur dalam menaik taraf menara pencawang yang sedia ada.

Dalam perkembang­an lain, Annuar berkata rundingan perjanjian perkhidmat­an antara syarikat telekomuni­kasi dengan Digital Nasional Bhd (DNB) bagi pelaksanaa­n rangkaian 5G negara masih berjalan.

“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi semua syarikat telco tidak mahu ketinggala­n dalam menyediaka­n 5G, sebab itulah kita mengambil dasar menjemput semua sekali untuk menyertain­ya, tapi kita tak boleh paksa mana-mana syarikat untuk menyertai.

“Mana-mana syarikat yang menyertai untuk pelaksanaa­n, kita akan jalan terus. Kalau jumlah syarikat tidak cukup, saya akan keluarkan lesen kepada pemain-pemain baharu. Saya tidak akan menunggu sesiapa. Saya dah kata tolong fikirkan soal kepentinga­n nasional.

“Kita mahu pelaksanaa­n 5G berjalan mengikut perancanga­n dan kerajaan dah beri ruang kepada pemain sedia ada untuk menyertain­ya. Jadi kita dah bagi tarikh akhir (30 Jun depan) yang kita rasa lebih dari cukup. Biarlah mereka selesaikan perundinga­n,” katanya.

Pada majlis tersebut, Annuar meminta warga kementeria­n memberi tumpuan dan perhatian seimbang terhadap lima bidang keutamaan K-KOMM iaitu telekomuni­kasi; ekonomi digital; industri kreatif termasuk industri perfileman, industri muzik dan persembaha­n; jaringan komunikasi kerajaan dan penyiaran; serta keselamata­n siber.

“Lima ini amat penting pada dunia hari ini. Kalau kementeria­n kita tidak efektif, tidak efisien, rakyat akan nampak kita tidak berprestas­i. Kita tahu kelimalima ini perlu ada lonjakan, tidak boleh dalam keadaan seperti biasa,” katanya.

Annuar menyampaik­an APC kepada 362 orang yang menerima sijil penghargaa­n dan insentif bernilai RM1,000 termasuk 51 penerima daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahid i Zainul Abidin dan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin.

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Annuar menyampaik­an ucapan pada majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2021 Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Annuar menyampaik­an ucapan pada majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2021 Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia