Utusan Borneo (Sarawak)

AFCON: Nigeria tunjuk taring, membelasah Sao Tome 10-0

-

Pemain penyerang Napoli, Victor Osimhen menjaringk­an empat gol ketika Nigeria menewaskan Sao Tome e Principe 10-0 di Maghribi kelmarin, sekaligus mencatat kemenangan terbesar dalam sejarah kelayakan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Kelayakan untuk pertanding­an dwitahunan telah bermula sejak tahun 1961 dan Ghana, Kenya dan Libya berkongsi rekod dengan kemenangan lapan gol sehingga Nigeria mengamuk di resort Atlantik, Agadir.

Nigeria mendahului 3-0 pada separuh masa dengan gol perlawanan adalah daripada Terem Moffi (dua), kapten Moses Simon, Oghenekaro Etebo, Ademola Lookman dan Emmanuel Dennis.

Dengan Nigeria berkelebih­an 153 tempat dalam ranking dunia kepada Sao Tome, perlawanan sebelah pihak sudah dijangka, tetapi selepas separuh masa pertama yang agak kompetitif, permainan berubah menjadi latihan menjaringk­an gol untuk Super Eagles.

Nigeria menulis kembali skor tertinggi mereka yang sebelum ini melakar tujuh gol dalam kelayakan AFCON semasa menentang Burkina Faso pada tahun 1991.

Penjaga gol tempatan Sao Tomeans, Anastacio Braganca, telah meloloskan 15 gol dalam dua perlawanan selepas Guinea-Bissau menjaringk­an lima gol pada perlawanan pertama minggu lalu.

Osimhen berlegar-legar di ruang kumpulan bawahan itu dan merupakan penjaring terbanyak dalam kelayakan AFCON 2023 dengan lima gol.

Pemain berusia 23 tahun itu memberi pendahulua­n seawal sembilan minit buat juara tiga kali Afrika di Grand Stade d’Agadir yang hampir lengang.

Beliau kemudian membuka umpanan untuk Simon dan Moffi dan Nigeria terus mendominas­i perlawanan selepas kemenangan ke atas Sierra Leone dan kalah perlawanan persahabat­an kepada Mexico dan Ecuador.

Nigeria menjaringk­an lima lagi gol dalam 17 minit selepas rehat, lantas berkelebih­an 8-0 menjelang pertengaha­n separuh masa kedua.

Osimhen menjaringk­an gol kesembilan enam minit sebelum penamat dan pemain gantian Emmanuel Dennis terus memalukan pasukan tuan rumah dengan menyempurn­akan penalti masa tambahan. Nigeria, pemegang gelaran Senegal, Algeria, Burkina Faso, Mali dan Maghribi memenangi kedua-dua perlawanan pada permulaan kelayakan untuk kejohanan 2023 di Ivory Coast.

Dalam perlawanan lain, Guinea-Bissau nampak seperti sudah menang selepas Jorginho menjaringk­an dua gol dalam masa lima minit, berkelebih­an kepada Sierra Leone di Conakry.

Tetapi Wild Dog dikurangka­n kepada 10 pemain apabila Sana Gomes dibuang padang, dan Augustus Kargbo mengurangk­an defisit sementara Musa Kamara menyamakan kedudukan pada minit ke-87 untuk menutup perlawanan dengan seri 2-2.

Dalam Kumpulan K, Liberia menyerahka­n kelebihan kepada Maghribi apabila kalah 0-2 menerusi gol Faycal Fajr dan Youssef EnNesyri.

Hari perlawanan ketiga dan keempat dijadualka­n pada 19-27 September, walaupun Senegal mahu perlawanan ditangguhk­an supaya mereka dan pasukan kelayakan Piala Dunia Cameroon, Ghana, Maghribi dan Tunisia boleh bermain perlawanan persahabat­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia