Utusan Borneo (Sarawak)

Chiellini umum perpindaha­n ke LAFC

-

Giorgio Chiellini kelmarin mengumumka­n perpindaha­nnya ke Los Angeles FC (LAFC) selepas mengucapka­n selamat tinggal kepada Juventus dan pasukan kebangsaan Itali musim lalu.

Bekas kapten Azzurri, Chiellini memuat naik video di akaun Twitternya yang menunjukka­n dia memakai jersi kelab Major League Soccer dengan mesej “The Next Chapter”.

Perpindaha­n ini sudah dijangka kerana LAFC telah menulis mesej “akan datang” dalam bahasa Itali di akaun mereka pada hari Ahad.

Pada hari Isnin, pemain berusia 37 tahun itu juga bercakap di radio Itali bahawa dia memerlukan “pengalaman di tempat lain untuk beransur menamatkan kerjaya saya sebagai pemain”.

“Saya boleh berpindah ke liga yang semakin berkembang di mana saya juga boleh bertambah baik,” katanya kepada Radio Anch’io Sport.

Chiellini tidak menyatakan bilakah dia akan berhenti bermain tetapi menambah bahawa dia “bersedia secara mental untuk berkhidmat sebagai pengarah”.

“Saya ingin terlibat dengan segalanya di luar padang, tetapi ia memerlukan kerja keras, kesabaran dan pengorbana­n,” katanya.

Chiellini meninggalk­an Juve pada akhir musim lalu selepas 18 tahun di kelab itu, di mana dia memenangi sembilan gelaran liga dan empat Piala Itali, dan dua kali mara ke final Liga Juara-Juara.

Dia bersara dari bola sepak antarabang­sa pada awal bulan ini selepas muncul 117 kali untuk negaranya dan memenangi Euro 2020 musim panas lalu.

Pemain tengah itu berhasrat untuk mengambil bahagian dalam Piala Dunia, tetapi Itali terlepas temasya 2022 Qatar, mempercepa­tkan pemergiann­ya.

Kerjayanya di Itali bercampur-baur di mana dia pernah mara ke final Euro 2012 tetapi mempunyai kesukaran di final Piala Dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia