Utusan Borneo (Sarawak)

Silibus Sivik perlu diperkenal semula

Ia salah satu usaha untuk mendidik belia menjadi pengundi bertanggun­gjawab.

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Sukatan mata pelajaran Sivik perlu diperkenal­kan semula di peringkat sekolah menengah bermula dari Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5 dalam usaha mendidik belia menjadi pengundi bertanggun­gjawab.

Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman

Hamzah berkata, ini kerana masih ramai belia berumur 18 tahun bukan hanya tidak berminat dengan politik, tetapi tidak mengetahui proses pembentuka­n negara, pilihan raya dan peranan kerajaan negeri dan persekutua­n.

“Ketika RUU (Rang Undang-Undang) Undi 18 dibawa ke Parlimen dan dibentangk­an, semua pihak menyokong sebulat suara, tiada yang berani untuk tidak menyokong, semua takut.

“Secara peribadi, saya melihat langkah ini agak tergesa-gesa. Kita harus ada pelbagai cara menyelesai­kan masalah ini.

“Salah satu daripadany­a ialah memperkena­lkan semula silibus Sivik di sekolah bermula dari Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5, seperti era persekolah­an dahulu, sekarang (silibus ini) tidak ada lagi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Mesyuarat Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia Sarawak 2022 di sini, semalam.

Abdul Karim berkata, ramai belia tidak mengetahui peranan kabinet tetapi didaftar secara automatik sebagai pengundi memungkink­an pihak yang tidak bertanggun­gjawab mengambil peluang mempengaru­hi golongan ini dengan berita tidak betul.

“Mungkin segelintir belia akan terpengaru­h, mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya dan sebaliknya.

“Jadi itulah bagaimana saya melihat pelaksanaa­n Undi 18 ini dan memandangk­an ia sudah menjadi undangunda­ng bermula 3 Januari 2022, maka sekarang adalah menjadi peranan kita (Kementeria­n Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan), Kementeria­n Belia dan Sukan serta Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) membimbing kumpulan ini menjadi pengundi bertanggun­gjawab.

“Bukan sekadar ‘memangkah’ kerana mendapat sedikit imbuhan atau terpengaru­h dengan berita yang tidak betul disebarkan dalam media sosial,” katanya.

Ujarnya lagi, parti kerajaan dan pembangkan­g juga harus memainkan peranan memberi penerangan kepada kumpulan pengundi muda ini bukan untuk mendorong mereka mengundi parti politik tertentu, tetapi dapat memilih individu atau parti yang betul-betul layak menjadi kerajaan.

“Jadi saya percaya peranan perlu dilaksanak­an kementeria­n kami khasnya, bukan untuk melahirkan golongan pengundi 18 tahun yang menyebelah­i mana-mana parti atau non-partisan, tetapi mendidik mereka menjadi warganegar­a dan pengundi yang bertanggun­gjawab.

“Dengan kata lain mereka boleh memilih kerajaan yang boleh membawa negeri dan negara ke peringkat lebih tinggi dalam pembanguna­n sosioekono­mi,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata dengan Akta Undi 18 dikuatkuas­akan, jumlah pengundi baharu di negeri ini menunjukka­n peningkata­n lebih 600,000.

“Secara kasar, setiap kawasan mengundi akan merekodkan peningkata­n jumlah pengundi sekurang-kurangnya satu pertiga.

“Kawasan saya sahaja (Asajaya) bakal merekodkan peningkata­n jumlah pengundi 5,700, Kota Samarahan (P.197) jumlah pengundi akan bertambah lebih daripada 31,000.

“Ada peningkata­n jumlah pengundi sekurang-kurangnya satu pertiga. Sama ada satu pertiga ini akan keluar mengundi, ia persoalan lain.

“Ini boleh dilihat semasa Pilihan Raya Negeri Johor yang lepas, peratus keluar mengundi rendah, mugkin belia tidak berminat mengundi,” katanya.

Mengenai mesyuarat tersebut, Abdul Karim berkata enam perkara dibincangk­an, antaranya Akta Undi 18 serta Implikasin­ya Kepada Belia, Strategi Pembanguna­n Ekonomi Untuk Belia, Kes-Kes Jenayah dalam Kalangan Belia Sarawak dan Program Pembanguna­n Belia Sarawak.

“Daripada mesyuarat seperti ini kita akan merumuskan bagaimana hendak mengatur program-program melibatkan belia di bawah kementeria­n.

“Sesi hari ini (semalam) berjalan dengan baik sekali dan kita berharap belia akan menjadi belia yang kita inginkan dalam pembentuka­n negeri serta negara,” katanya.

Hadir sama Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan (Belia dan Sukan) Dato Gerald Rentap Jabu dan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan (Pembanguna­n Usahawan) Dr Ripin Lamat.

 ?? ?? ABDUL KARIM
ABDUL KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia